Thursday 18 August 2011

OPS BERSIH! - BHGN 1

Cuti hari Jumaat minggu lepas aku gunakan untuk mengemas kontena-kontena yang semakin sarat dan berat. Banyak sangat barang sampai tak tahu nak simpan kat mana...jom tengok apakah barangan yang bersemadi di dalam kontena tu....

Masa pergi Kursus SPIES tahun lepas

Sand art yang kesemuanya aku buat sendiri menggunaka daya kreativiti sendiri. Contohnya gambar bunga tu aku gunakan pasir-pasir yang sudah bercampur aduk warnanya. Jadi cantiklah sikit bunga tu....tak percaya boleh tengok.

Lagi sand art tapi yang aku buat satu sahaja...yang mana satu?

Beg-beg kertas

Majalah yang akan dihapus kira kecuali yang muka depan Abang Paji tu...hehehe yang itu aku simpan tanpa ada suntingan.

Ni majalah Nur dan Dara.com yang mula-mula sekali aku beli. Masa tu beli jikalau ada isu yang menarik sahaja. Ini akan dimasukkan ke dalam Ops Bersih! yang mana kalau ada artikel ke gambar yang aku nak ambil. Bila pula aku nak membacanya satu per satu?

Fail- lukisan ini diambil masa Pesta Buku Antarabangsa pada tahun 2000. Pada lukisan tu pun ada tulis kan...

2 buah kontena

Longgokan 'harta benda' aku

No comments: