19 Tanda Kematian yang mulia
Posted on Mei 31, 2011 by albakriah
Tulisan Ustaz Zawawi Yusoh
MEMANG amat tersentuh dan mengalir air mata ketika melihat jenazah
adik-adik kecil yang dipanggil Pemiliknya. Mereka dikebumikan serentak
dalam satu lahad.
Takziah kepada keluarga mangsa semoga tabah menghadapi ujian
kehilangan yang tersayang. Al-Imam Qurtubi pernah merakamkan hadis nabi
yang bermaksud, mati mengejut bagi orang yang baik adalah nikmat
manakala mati mengejut bagi yang zalim dan jahat adalah azab.
Memang sedih apabila de ngar berita kematian, tapi bagi yang tahu
kategori kematian, ada anugerah di sebalik itu iaitu mati syahid.
Bagi keluarga yang sedang bersedih dengan tragedi terbabit, sedikit hiburan dari tulisan kali ini.
Ini kerana di sana ada satu senarai pakej kematian yang sangat mulia
iaitu husnul khatimah atau mati syahid terutama di senarai yang ke lapan
dan kesembilan dalam tulisan ini.
Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian
sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: “(Barang siapa yang ucapan terakhirnya
Laa ilaaha illallah maka dia masuk syurga).” (Hadis Hasan)
Kedua: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat
atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin
Khusaib r.a (bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk
seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba
keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Kematian seorang mukmin
disertai keringat di keningnya). (Hadis Sahih)
Ketiga: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam
Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w (tidaklah
seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat
melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur).
Keempat: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana
ertinya: (Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang
terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi
Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah
kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum
mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka
memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurnia-Nya dan
bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman).
(Surah Ali Imran ayat 169-171)
Rasulullah s.a.w bersabda: “(Orang yang syahid mendapat kan enam
perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama,
diperlihatkan tempatnya dalam syurga, dijauhkan dari seksa kubur, diberi
keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat, dipakaikan mahkota
keimanan, dinikahkan dengan bidadari syurga, diizinkan memberi syafaat
bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”
Kelima: Mereka yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah (bukan
terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: “(Apa yang kalian nilai
sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang
terbunuh di jalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata: (Jadi
sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit ). Mereka berkata: Lalu siapa
mereka Ya Rasulullah?
Baginda berkata: (Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid,
barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati
kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut
syahid dan orang yang tenggelam syahid).”
Keenam: Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa
hadis antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda: (Wabak taun adalah
kesyahidan bagi setiap Muslim).
Ketujuh: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.
Kelapan dan kesembilan: Mereka yang mati kerana teng gelam dan
terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: (Syuhada
ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang
tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah).
Kesepuluh: Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya
disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit r. a bahawa
Rasulullah s.a.w menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: Beliau
tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: Tahukah kamu siapa
syuhada’ dari umatku? Mereka berkata: Terbunuhnya seorang Muslim adalah
syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku,
terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita
yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali
arinya ke syurga).
Kesebelas dan kedua belas: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit
bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa
hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan
sanad marfu’: (Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang
mati kerana wabak tha’un syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana
sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut
syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena runtuhan syahid,
dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid).
Ketiga belas: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Terbunuh di jalan Allah
syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar
syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB
syahid, yang mati kerana sakit perut syahid). (Hadis Hasan)
Keempat belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang
hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh
kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak
dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh) maka
dia syahid).
Kelima belas dan keenam belas: Mereka yang mati kerana
mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid,
barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang
terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana
darahnya syahid).
Ketujuh belas: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga di perbatasan)
di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: (Ribath sehari semalam lebih baik dari
berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan
dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan
rezekinya dan di amankan dari fitnah).
Kelapan belas: Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang
mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah Allah lalu wafat
setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu
hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia
masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah meng
harapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk
syurga).
Kesembilan belas: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana
memberi nasihat kepadanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
(Penghulu para Syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang
yang mendatangi penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan
melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuh nya) Hadis dikeluarkan oleh
Al-Hakim dan disahihkannya dan Al Khatib.
Sama-samalah kita berdoa agar kita sama termasuk dalam senarai di atas. Amin Ya Rabbal ‘aalamin
Keistimewaan Pengebumian Umat Islam
Labels:
agama
“Kamu tahu tak, orang cina yang mati kalau nak kebumikan mayat diorang
kena sediakan lebih kurang RM20 ribu tau” seorang sahabat saya membuka
perbualan ketika kami sedang berjalan ke arah liang lahad untuk
mengebumikan seorang jenazah yang baru sahaja meninggal dunia di taman
perumahan kami.
“Oh ye ke? Baru sekejap tadi saya berbual dengan seorang sahabat kita yang baru memeluk Islam. Dulu dia Buddha. Katanya paling murah RM6 ribu nak kena sediakan” kata saya.
“Tu yang murah punya rasanya. Yang tu diorang bakar je kot.” balas sahabat saya sambil kami berjalan seiringan.
“Oh ye ke? Baru sekejap tadi saya berbual dengan seorang sahabat kita yang baru memeluk Islam. Dulu dia Buddha. Katanya paling murah RM6 ribu nak kena sediakan” kata saya.
“Tu yang murah punya rasanya. Yang tu diorang bakar je kot.” balas sahabat saya sambil kami berjalan seiringan.
Alhamdulillah, kos pengebumian kita tidaklah semahal itu. Setahu saya
lebih kurang RM850 sahaja. Itu dah masuk semua sekali, dengan van
jenazah sekali. Murah kan” saya menambah.
“Ya, murah je. Dan alhamdulillah, taman perumahan kita ni semuanya ditanggung oleh pihak surau tanpa keluarga waris perlu bayar apa-apa” sahabat saya yang merupakan AJK surau memberikan penjelasan tentang kaedah pengurusan jenazah di taman perumahan kami.
“Alhamdulillah. Itulah antara yang cantiknya Islam ni. Cara pengebumian orang Islam ni boleh jadi pintu hidayah kepada orang bukan Islam untuk masuk Islam. Mudah dan tidak menyusahkan waris” saya membalas sambil menyegerakan langkah kerana jenazah sudah mahu diangkat ke liang lahad. Tidak mahu ketinggalan untuk turut sama mengangkat jenazah.
Sedang talkin dibacakan oleh imam di perkuburan, saya merenung kembali kata-kata saya kepada sahabat saya tadi. Sungguh, memang cara pengebumian umat Islam boleh menjadi jalan hidayah kepada orang yang bukan Islam untuk tertarik dengan Islam. Cara pengebumiannya ringkas dan sederhana sifatnya. Dan kos pengurusannya tidak sehingga membebankan pihak waris.
“Ya, murah je. Dan alhamdulillah, taman perumahan kita ni semuanya ditanggung oleh pihak surau tanpa keluarga waris perlu bayar apa-apa” sahabat saya yang merupakan AJK surau memberikan penjelasan tentang kaedah pengurusan jenazah di taman perumahan kami.
“Alhamdulillah. Itulah antara yang cantiknya Islam ni. Cara pengebumian orang Islam ni boleh jadi pintu hidayah kepada orang bukan Islam untuk masuk Islam. Mudah dan tidak menyusahkan waris” saya membalas sambil menyegerakan langkah kerana jenazah sudah mahu diangkat ke liang lahad. Tidak mahu ketinggalan untuk turut sama mengangkat jenazah.
Sedang talkin dibacakan oleh imam di perkuburan, saya merenung kembali kata-kata saya kepada sahabat saya tadi. Sungguh, memang cara pengebumian umat Islam boleh menjadi jalan hidayah kepada orang yang bukan Islam untuk tertarik dengan Islam. Cara pengebumiannya ringkas dan sederhana sifatnya. Dan kos pengurusannya tidak sehingga membebankan pihak waris.
Saya teringat akan dua kisah yang pernah saya dengar suatu ketika dahulu tentang bagaimana dua orang yang beragama Kristian yang masuk Islam disebabkan oleh tertarik dengan cara pengebumian orang Islam yang cukup sederhana dan ringkas sifatnya.
Kisah Pertama
Kisah pertama berlaku kepada seorang paderi Kristian dari Itali. Beliau telah menyatakan hasrat untuk memeluk Islam setelah menonton dengan teliti cara pengebumian Raja Fahd bin Abdul Aziz, iaitu Raja Arab Saudi ketika itu. Cara pengebumian yang sangat sederhana itu telah ditayangkan ke seluruh dunia dan dapat disaksikan oleh ramai orang.
Kisah pertama berlaku kepada seorang paderi Kristian dari Itali. Beliau telah menyatakan hasrat untuk memeluk Islam setelah menonton dengan teliti cara pengebumian Raja Fahd bin Abdul Aziz, iaitu Raja Arab Saudi ketika itu. Cara pengebumian yang sangat sederhana itu telah ditayangkan ke seluruh dunia dan dapat disaksikan oleh ramai orang.
Seingat saya, faktor utama yang membuka pintu hidayah si paderi itu
ialah bagaimana Islam bertindak tidak membeza-bezakan antara jenazah si
pembesar dengan jenazah orang biasa. Telah ditayangkan bagaimana jenazah
Raja Fahd disolatkan bersama-sama dengan jenazah yang lain tanpa
upacara yang istimewa khas untuk jenazah Raja Fahd.
Malah kain kapan dan kotak keranda serta keseluruhan proses pengebumian
sama sahaja tanpa dibezakan darjat raja atau orang biasa. Walaupun sudah
bertahun-tahun beliau diajak masuk Islam dan tetap berdegil, namun
dengan melihat cara pengebumian yang cukup sederhana ini telah
membuatkan beliau pasrah dengan keindahan Islam, seterusnya masuk Islam.
Kisah Kedua
Kisah kedua berlaku kepada seorang nenek di USA. Cucu beliau telah pun
memeluk Islam dan menjadi salah seorang yang giat berdakwah di tempat
mereka. Puas si cucu ini memujuk neneknya untuk masuk Islam, tetapi
tidak berjaya dipujuknya. Pada suatu hari telah berlaku kematian di
kalangan orang Islam di tempat mereka. Disebabkan orang Islam yang
meninggal dunia itu adalah terdiri barangkali keluarga terdekat atau
jiran mereka, maka si nenek pun hadir sama ke upacara pengebumian si
muslim yang meninggal dunia itu.
Selepas upacara pengebumian tersebut, nenek itu telah berkata kepada
cucunya tadi, “Kalau aku mati nanti, aku mahu kamu kebumikan aku macam
itu juga”, beliau merujuk kepada cara pengebumian muslim tersebut.
Dengan hidayah dan taufiq dari Allah, maka nenek itu pun masuk Islam.
Beliau masuk Islam lantaran tertarik dengan cara pengebumian Islam yang
sederhana dan menginsafkan.
Selang beberapa tahun kemudian, nenek itu meninggal dunia. Dan beliau
dikebumikan dengan cara yang beliau mahukan iaitu meninggal dunia
sebagai muslim dan dikebumikan dengan cara pengebumian muslim. Kisah ini
telah disampaikan oleh cucu beliau yang merupakan seorang pendakwah
Islam yang aktif berdakwah di USA.
Itulah dua kisah yang mungkin dapat kita pelajari dan ambil iktibar.
Betapa kesederhanaan dan mudahnya Islam ini dapat menambat hati fitrah
manusia.
Justeru, amalkanlah Islam mengikut contoh yang ditinggalkan oleh
Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam. Jangan menyusah-nyusahkan dengan
upacara tambahan dan rekaan. Sungguh, pada kesederhanaanlah, Islam ini
dilihat cantik.
No comments:
Post a Comment