Thursday 25 August 2011

PENULISAN: INFO TENTANG MENULIS


Tuesday, August 23, 2011

Dari Meja Editor- Kuliah 3

Pelajaran 3

Watak dan perwatakan
- Saya hendak tekankan perkara ini kerana ada juga penulis yang keliru, tidak yakin atau hilang fokus bila mahu mengembangkan sesuatu watak. Kita tahu kebanyakan mss mengutamakan watak hero dan heroin. Kemudian diwujudkan watak2 pembantu pertama, kedua dan seterusnya. Tapi ada berlaku, mss yang kita terima daripada penulis2 baru, dia tidak dapat membezakan yang mana satu watak hero atau watak heroin. Contohnya; watak Aziz dan Nizam, tidak pasti yang mana satu hero. Begitu juga watak Diba dan Azie, yang mana satu heroinnya. Kalau menurut sinopsis yang diberi, kisah berkisar pada watak Aziz dan Diba yang menghadapi tentangan untuk mendirikan rumah tangga. Nizam dan Azie hanyalah watak pembantu kerana mereka adalah rakan baik Aziz dan Diba. Tapi keadaan yang berlaku sebaliknya. Kecuali... jalan cerita ditukar; dua pasangan ini menghadapi cinta empat segi antara mereka. Jika ini yang dimaksudkan, perlu ada watak2 pembantu bagi mengembangkan cerita seterusnya.

- Sebelum mula menulis, anda perlu menyenaraikan nama2 watak dalam cerita mulai bab 1 hingga bab akhir.
Kalau ada 10 watak, lebih baik semua watak ini bercakap (ada dialog). Tapi ada pengecualiannya jika watak yang disebut itu sudah meninggal dunia dan menyebutnya sekadar kenangan.

- Nama2 watak. Ada penulis suka sangat menamakan watak menurut huruf abjad yang disukai. Contohnya; nama hero Faiz, heroinnya Fiza, watak pembantu Farah dan Faizal. Kalau ada watak adik beradik; Fuad, Faliq, Farhana; emaknya Fatimah dan bapanya Fahim. Amboiiii... Pembaca nak ingatkan nama watak2 ini pun dah keliru sungguh. Itu belum lagi yang suka abjad N, K, J dan sebagainya. Saya cadangkan, pelbagaikan abjad nama barulah harmoni.

- Ejaan nama. Sebaik2nya ejalah mengikut kesesuaian sebutan. Adakah anda sengaja mengejanya dengan tambahan abjad untuk nampak pelik dan lain daripada orang lain? Contoh; Jasmin-Jasmyyn, Khairil - Khaireell, Isabella - Izabeella dan sebagainya.

- Dua nama. Trend ini amat disukai oleh penulis2 baru. Contoh nama; Izabeella Jasmyyn, Asshraaff Khaireell. Kalau dalam mss sukar nak sebut dua nama ini berulang kali dalam dialog dan naratif dari bab 1 hingga bab akhir. Kalau tak berbuih mulut, kering tekak pembaca nak menyebutnya. Jadi, sendiri mau ingat!

Jalan Cerita
- Sebelum mula menulis, fikir masak2 cerita apa yang hendak anda karang. Ambil buku latihan sekolah anak2 dan buat gambaran kasar. Bab 1, senaraikan watak dan cerita apa di situ. Bab 2, senarai watak lagi dan kisah seterusnya pula. Begitu juga dengan bab2 seterusnya. Jika anda terlupa, anda boleh rujuk di sini. Atau boleh buat tambahan teks berdasarkan catatan2 kasar yang telah anda tulis.

- Amat penting setiap bab mempunyai kesinambungan cerita. Contoh; bab 1 - 3 berkisar tentang watak utama. Bab 4 - 5, alihkan cerita pada watak kedua atau sampingan. Bab 6-7 balik semula kepada watak utama. Elakkan bercerita tentang watak hero atau heroin mulai bab 1 - 10. Pembaca akan bosan sebab pergerakan cerita lambat. Sebenarnya, anda mesti bijak menghidangkan 5 bab pertama yang enak dan berkhasiat untuk menarik pembaca. Insyallah... mereka akan terus berselera untuk menikmati karya anda sampai titik nokhtah.

"Terima kasih kepada editor Alaf21 yang bagi kuliah ini. :)"


No comments: