Monday 29 August 2011

AGAMA: ADAB MAKAN

(gambar sekadar hiasan sebab pendrive aku dah lesapkan gambar2 yang sepatutnya)


8 ADAB DI MEJA MAKAN

1) Ketika makan duduk dengan tegak jangan membongkok mendekati pinggan. Angkat & suakan sudu atau menggunakan tangan ke mulut.

2) Jangan bercakap ketika mulut penuh kerana isi mulut akan dilihat oleh orang lain dan tidak sopan.

3) Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan. Mengunyah dengan suara yang kuat dianggap tidak sopan kerana menganggu orang lain. Begitu juga ketika minum.

4) Jangan biarkan sudu berlaga dengan pinggan sehingga menimbulkan bunyi nyaring.

5) Menghirup kuah seperti sup juga tidak sopan.

6) Jangan muntahkan makanan ke pinggan sekiranya ingin muntah. Cepat-cepatlah ke tandas. Begitu juga dengan mencungkil sisa makanan di hadapan orang yang masih lagi makan di meja.

7) Jika terbatuk atau bersin, cepat-cepatlah menutup mulut dengan sapu tangan atau tisu agar makanan tidak tersembur keluar.

8) Jangan meninggalkan meja makan sebelum selesai makan kecuali keadaan mendesak seperti perlu ke tandas. Apabila meninggalkan meja makan sementara waktu, sudu dan garpu biarkan pada posisi terbuka tanda kamu belum selesai makan.

Jadi beringat-ingatlah terutama semasa musim raya ni kan...Yeah! Yeah! Nak raya! Esok hari raya! Esok hari raya!

No comments: