Monday 4 July 2011

YANG DICARI : IMAM MUDA MUSIM 2

Umum sudah pun mengetahui juara Imam Muda musim kedua. Ya, betul! Imam Muda Hassan yang berjaya menjadi pemenang bagi musim tersebut yang turut menarik perhatian peserta dari Brunei dan Singapura. Beza markah antara Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul tidak banyak hanya lima markah sahaja. Sebagai pengetahuan Imam Muda Hassan pernah mengikut Akademi Al-Quran namun tersingkir di pusingan yang tidak aku ketahui.


Pada zaman sekarang yang lagi mencabar, tercabar dan dicabar ini bukan mudah untuk menemui lelaki-lelaki seperti mereka ini yang berpegang teguh kepada ajaran agama dan mempraktikkan ilmu-ilmu agama yang dimiliki. Ilmu, iman dan amal itulah yang penting.


Secara tidak langsung adalah juga aku, dia dan perempuan-perempuan di luar sana yang mengimpikan untuk mendapat pasangan yang sedemikian. Pasti ada! Memang ada pun kan! Moga-moga berjaya hendaknya kerana seorang wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Masalahnya sudah cukup baikkah aku? Sudah cukupkah doa aku? Sudah cukupkah doa mak dan abah aku? Kenapa? Kerana doa seorang ibu tersangatlah berkat dan doa ayah juga. Amin ya rabbal alamin.....



Calon Imam Muda musim pertama



Calon Imam Muda musim kedua



Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul

No comments: