Saturday 9 July 2011

MEREKA YANG BERJASA (GURU BM KU)

Masa aku berada di tingkatan satu dan dua ada seorang cikgu ni yang mengajar subjek Bahasa Melayu di kelas aku. Beliau merupakan orang pertama yang mengetahui dan mencungkil bakat aku dalam bidang penulisan. Sikit-sikit nama aku yangg dipanggil. Bukan hendak bangga diri tetapi sebenarnya aku rasa bersyukur sangat kerana beliau sentiasa memilih aku jika ada pertandingan menulis cerpen untuk mewakili sekolah.

Setiap bulan juga buku lima orang pelajar akan dipilih untuk disemak dan dicop oleh Tuan/Puan Pengetua. Kira hebatlah buku-buku mereka yang ada cop itu. Paling berharga kebanyakkan buku-buku Bahasa Melayu kepunyaan aku berada dalam senarai yang lima itu.

Masa tingkatan empat dan lima aku selalu masuk pertandingan menulis cerpen dan ada sekali terlibat dalam pertandingan penulisan skrip drama pentas peringkat Wilayah Persekutuan. Aku siap minta cikgu tuliskan surat kebenaran untuk berada di bilik komputer. Selalunya lepas waktu sekolah sahaja yang boleh duduk situ jikalau tiada kebenaran daripada cikgu.




Biarpun ada yang sekadar saguhati dan kurang berjaya sekurang-kurangnya aku berjaya melakukannya dalam keadaan di rumah yang tiada komputer pada waktu itu tambahan pula tak pandai hendak menaip. Aku tulis dan cikgu minta tolong kawan aku tolong taipkan. Bila hendak hantar aku semak sekali lagi dengan bantuan kawan-kawan aku yang agak mahir menggunakan komputer.


Bila masuk tingkatan tiga aku dapat tahu cikgu kesayangan aku tu sudah berpindah ke sekolah lain dan terus hilang khabar berita. Kalau jodoh tidak ke mana aku 'berjumpa' dengan beliau di dalam majalah Nur (kalau tidak silap) pada tahun lepas rasanya. Wartawan majalah tersebut menjengah ke Unisel aku terlihat wajah seseorang sentiasa dalam ingatan aku. Tengok punya tengok memang sah dia cikgu aku dulu! Cikgu yang mengajar di SMK Datok Lokman!

Akhirnya aku 'bertemu' kembali dengan orang yang paling berjasa di antara yang berjasa. Gembiranya hati kerana tahu di mana cikgu aku berada sekarang ini walaupun mungkin dia tidak kenal aku lagi. Tak apa asalkan aku ingat pada dia. Tidak sabarnya rasanya untuk menghubungi beliau dan mengatakan aku telah berjaya dalam bidang penulisan. Berjaya dalam mengembangkan bakat dan minat aku dalam bidang penulisan dan Bahasa Melayu. Beliau ialah mereka yang berada di bawah ini. 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Rokmaa (pencungkil bakat aku), Puan Zainorraini (yang membawa aku menyertai Kursus Penulisan Kreatif Remaja 2001) dan Puan Normah (yang sentiasa menyokong hasil karya aku yang pernah disiarkan terutama artikel Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) pada 2004). Terima kasih cikgu!

INGAT!! Bukan cikgu lain tak berjasa tetapi mereka ini sahaja yang mengajar aku subjek Bahasa Melayu.
PN. HAJAH. ROKMAA BINTI HAJI MAT (pendaftar di UNISEL)
(Guru semasa tingkatan 1 & 2)

Kiri: PN.NORMAH BT MAT ALI (guru semasa di tingkatan 6)
Kanan: PN.ZAINORRAINI BT NORDIN (guru semasa di tingkatan 4 & 5)

2 comments:

LK said...

setuju...terima kasih guru!

Rehanz said...

chaiyok! chaiyok!