Wednesday 6 July 2011

NOHIN DI LAMAN SESAWANG

Pagi tadi aku buka laman web Buku Prima (BP) di bukuprima.com.my dan aku lihat buku Nohin sudahpun diletakkan di ruangan buku-buku yang akan datang. Tengok tarikh terbit 18 Julai, lebih kurang seminggu lebih). Macam-macam perasaan yang membenak di dada aku. Rasa gembira yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Gembira yang membuatkan aku menangis terharu di depan komputer seorang diri. Nasib baik tak ada siapa yang datang pada waktu itu. Rasa mengalir deras jer.

Dulu-dulu aku selalu tengok buku orang dan sekarang aku tengok buku aku dalam laman sesawang Buku Prima. Semoga buku ini dapat mencipta kejayaan untuk memberikan aku semangat yang lebih lagi untuk membuat novel bersama BP pula selepas ini. Dalam masa yang sama aku mendapat banyak idea untuk siri Nohin yang seterusnya. Rasa seronok pula buat buku kanak-kanak walaupun agak mencabar kerana bahsa yang digunakan haruslah selaran dengan tahap mereka.


Facebook kena block kecuali masa rehat. Aku cuma dapat semak emel dan mendapat ucapan tahniah di atas penerbitan Nohin. Aku letak di facebook pun petang semalam lepas waktu kerja.




Bercerita Dengan Bulan (Siri Nohin)
Norrehan H.M. Noordin
RM 9.90
ISBN: 978-967-0184-86-9
~52 hlm
Bahasa Melayu


Nohin, seorang budak perempuan yang comel berusia lapan tahun. Nohin suka bertanya jika tidak faham mengenai sesuatu perkara. Banyak kejadian yang terjadi kepadanya membuatkan dia ber?kir untuk lebih positif. Puan Saleha dan Encik Saiful juga sering menasihati Nohin dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, kan?

Tarikh Terbit: 18 Jul 2011



Kisah-kisah lain yang terdapat dalam siri ini adalah:

- Nohin Sakit Gigi
- Balik Kampung Baba
- Aduh, Sakitnya!
- Bercerita Dengan Bulan
- Tolonglah Cari

No comments: