Friday 1 July 2011

GANASNYA AKU....LAPTOP PECAH

Ini bukan laptop tapi notebook kan...entahlah aku ni bukan pandai sangat pasal gajet2 ni. Tapi aku panggil laptop juga. Lantaklah lah kan. Satu hari tu aku tengah main game lepas tu dah mengantuk tahap gaban, aku pun off kan laptop ni TAPI aku terlupa nak tutup elok-elok. Tersadai laptop aku dengan terkangkang (opss!!! bahasa agak kasar sedikit) begitu sahaja di sebelah aku. Aku pun terlena. Tiba-tiba jeng...jeng...jeng aku dengan bunyik praakk!! Terus aku pun bangun dan tengok laptop aku. Huwaaa!!! Patah! Hancur hidup aku sekejap kerana banyak kerja aku buat dan simpan dalam tu.

Jadi bila ada kelapangan (macamlah sibuk sangat kan) aku pun pergi ke Plaza Low Yat dengan abang ipar aku untuk cari spare part yang patah tu. Rata-rata kata tak ada untuk jenama Lenovo ni. Dekat kedai Lenovo pula nak sampai RM180 satu set tapi aku nak satu sahaja. Adalah seorang penjual yang baik hati suruh pergi ke Servis Counter Lenovo di tingkat empat. Akhirnya dapatlah aku beli dengan harga yang jauh lebih murah untuk satu set. Di bawah ini ialah rentetan pemasangan semula bahagian yang patah itu.



















Dah siap pun...

No comments: