Saturday 30 July 2011

ARTIKEL AGAMA: CARA LUAH CINTA MENGIKUT ISLAM




Perasaan sayang, kasih dan menyukai adalah lumlah dalam diri setiap manusia. Namun perasaan itu hendaklah diterjemah mengikut saluran yang diizinkan Syarak. Apabila seorang lelaki menyukai seorang perempuan (yang bukan mahramnya), hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui akad perkahwinan.


Jadi, berjumpalah dengan wali wanita yang saudara sukai itu dan pinanglah ia untuk dijadikan isteri yang sah. Jangan terjemahkan perasaan suka/cinta itu melalui hubungan percintaan (sebelum berkahwin) sebagaimana yang dilakukan oleh ramai orang hari ini kerana ia akan mendatangkan fitnah iaitu merosakkan hati, menjauhkan diri dari agama, membangkitkan nafsu dan mendorong kepada zina.

Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w. (bermaksud); “Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang paling merbahaya ke atas lelaki melebihi fitnah dari wanita” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Usamah r.a.)
Di dalam satu hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda (bermaksud); “Tidak terlihat oleh dua orang yang saling menyintai seumpama (cinta yang lahir dari) perkahwinan” (HR Imam Ibnu Majah dan al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini soheh. Al-Jami’ as-Saghier; hadis no. 7361)
Menurut Imam at-Thibi; hadis ini bermaksud; apabila seorang lelaki melihat kepada seorang wanita dan hatinya menyintainya, lalu ia mengahwini wanita itu, maka dengan perkahwinan akan bertambah kuatlah perasaan kasih itu. Ulamak-ulamak lain berkata; ubat paling besar yang dapat mengubati perasaan cinta ialah berkahwin. (Faidhul-Qadier, hadis no. 7361)
Wallahu a’lam.

Sumber: Paaduu.com

No comments: