Monday 18 July 2011

FILEM DI RUMAH : KETIKA CINTA BERTASBIH

Sekarang di Astro ada promosi saluran Indo pek sehingga Ogos nanti. Kebetulan hari Sabtu Angah dan adik buka salah satu saluran tersebut dan bergelak ketawa menonton cerita Upin Ipin versi Indonesia. Upil Ipil rasanya dan mereka berlakon secara spontan.



Terkekek-kekek dia orang ketawa sementara aku yang baharu balik ni buat kurang cerdik lah. Tak tahu hujung pangkal masakan aku nak gelak beria-ria macam orang tak betul pula. Lepas habis tu ada cerita Ketika Cinta bertasbih karya Habiburrahman Al-Shiazay yang telah difilemkan. Sambutannya memang hangat seperti Ayat-Ayat Cinta. Filem Islamik yang sarat dengan ilmu dan mesej berguna terutama kepada generasi muda hari ini yang cetek ilmu agama (peringatan untuk diri aku juga). Memang best sangat-sangat sampai tak sabar nak tunggu sambungannya KCB 2 malam semalam.




Kisah seorang pemuda yang belajar di mesir dan menjual tempe, dan bakso untuk menampung pengajian di sana dan juga untuk ibu dan adik-adik tercinta di tanah air. Oleh sebab itu, dia belajar di sana sampai 9 tahun; satu tempoh yang lama sebenarnya. Akhirnya lulus dan pulang ke Indonesia.


Dia ingin segera bernikah. Puas ibu dan adiknya Ayatul Husna mencarikan calon yang sesuai untuk Abdullah Khaeirul Azzam tapi bulem jodohnya barangkali. Ada yang ibunya tidak setuju, ada yang sudah berkahwin dengan jejaka pilihan sendiri kerana beranggapan Azzam sudahpun mempunyai calon. Akhirnya dia bertunang dengan Vivi, seorang doktor perubatan.

Calon-calonnya bukan sembarangan orang bahkan semuanya lulusan universiti. Malang tak berbau apabila Azzam dan ibunya kemalangan sewaktu pulang dari rumah Kiai Hj.Lutfi. Ibunya dijemput Ilahi manakala Azzam pula patah kakinya. Mungkin kesembuhan yang lambat mengakibatkan ibu Vivi memutuskan pertunangan tersebut dan menikahkannya dengan jejaka lain.


Dalam masa yang sama wanita yang pernah disunting oleh Azzam untuk dijadikan isteri itu sudah menjadi janda akibat salah faham yang tidak disiasat dengan terperinci oleh bekas suaminya Furqan. Mereka bercerai setelah genap 6 bulan bernikah.

Eliana merupakan pelakon yang popular dan merupakan teman kepada Furqan di Mesir. Dia menyimpan perasaan kepada Azzam dan pernah singgah ke rumah keluarga Azzam di Solo apabila secara kebetulan ada penggambaran di sana. Ibu Azzam merasakan kurang sesuai anaknya yang lulusan Al-Azhar itu berpacaran dengan seorang pelakon.

Furqan mengambil inisiatif untuk menjalani ujian HIV di luar negara. Dia pergi ke beberapa negara seperti Beijing dan Sydney untuk memastikan apakah dia menghidap HIV atau sebaliknya. Ternyata keputusan di Mesir itu tidak tepat. Dia bebas HIV. Dia pulang ke Indonesia dan bertemu dengan abah Anna. Furqan ingin bertemu dengan Anna. Sayang seribu kali sayang kerana pada waktu itu Anna sudahpun bersuami kembali dengan orang yang dicintainya. Abdullah. Abdullah Khaeirul Azzam.

Itulah kalau sudah jodoh tidak kira jauh ke dekat, bertemu dan berpisah pasti akan bersatu juga akhirnya. Semuanya sudah tertulis sejak di Loh Mahfuz sejarah kehidupan tiap-tiap manusia di muka bumi dari dalam perut ibu hinggalah pada saat nyawanya dicabut oleh malaikat. IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT, DALAM PERIUK BERTEMU JUGA.

P/S: Kalaulah dapat jodoh yang macam ni mesti sejuk perut para ibu di luar sana termasuk mak aku sekali dan mesti wanita itu menjadi antara yang bertuah di dunia ini. Betul tak?

No comments: