Tuesday 5 July 2011

BAKAL TERBIT!!!

Aku dapat emel hari ini daripada Kak Ecah, editor di Grup Buku Karangkraf. Beliau menghantar salinan muka depan manuskrip aku yang kini berada di peringkat terakhir sebelum dicetak. Ya,Allah! Gembiranya rasa di hati tak boleh aku bayangkan saat menatap gambar tersebut. Rasa sayu pun ada, terharu pun ada pokok pangkal bergejolak dalam hati aku ni.

Impian, angan-angan dan cita-cita aku selama ini membuahkan hasil dengan terhasilnya buku tersebut. Sepatutnya ini mejadi buku kedua aku TETAPI tiada maklum balas daripada syarikat yang lagi satu tu menjadikan ini buku pertama aku. Yang dahulu tu sekadar antologi bukan sepenuhnya cerita nukilan aku.

Kak Ecah juga membenarkan aku siarkan gambar tersebut dan statusnya AKAN TERBIT! Tak sabar rasanya memegang buku itu. Buku Siri NOHIN. Buku yang menjadi sebahagian daripada sejarah perjalanan hidup aku untuk selamanya. Tak sabar juga untuk memberitahu kepada guru-guru aku di sekolah yang sudah mula bertanyakan bila buku aku akan diterbitkan. Harap-harap mereka akan menyokong karya aku ini walaupun bergenre kanak-kanak.

Begitu juga dengan para pengunjung blog ini diharapkan sudi memberikan sokongan, komen dan pandangan untuk memantapkan siri-siri akan datang dan juga genre lain yang akan aku ceburi. Insyallah!


Alangkah moleknya jikalau aku dapat kongsikan berita gembira ini bersama dengan yang tersayang yang aku sudah tidak punya dan masih belum punya. Siapakah dia yang istimewa? Anda tafsirkanlah sendiri ya!

Di bawah ini merupakan kulit buku Siri NOHIN-BERCERITA DENGAN BULAN. Jangan lupa dapatkan di pasaran nanti. Sekian, wassalam.


No comments: