Sunday 31 July 2011

SALAM RAMADHAN 2011


Salam Ramadhan kepada semua pengunjung blog ini. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan melebihkan amalan-amalan sunat untuk mencari pahala yang lebih di bulan yang mulia ini.

Saturday 30 July 2011

ARTIKEL AGAMA: CARA LUAH CINTA MENGIKUT ISLAM




Perasaan sayang, kasih dan menyukai adalah lumlah dalam diri setiap manusia. Namun perasaan itu hendaklah diterjemah mengikut saluran yang diizinkan Syarak. Apabila seorang lelaki menyukai seorang perempuan (yang bukan mahramnya), hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui akad perkahwinan.


Jadi, berjumpalah dengan wali wanita yang saudara sukai itu dan pinanglah ia untuk dijadikan isteri yang sah. Jangan terjemahkan perasaan suka/cinta itu melalui hubungan percintaan (sebelum berkahwin) sebagaimana yang dilakukan oleh ramai orang hari ini kerana ia akan mendatangkan fitnah iaitu merosakkan hati, menjauhkan diri dari agama, membangkitkan nafsu dan mendorong kepada zina.

Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w. (bermaksud); “Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang paling merbahaya ke atas lelaki melebihi fitnah dari wanita” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Usamah r.a.)
Di dalam satu hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda (bermaksud); “Tidak terlihat oleh dua orang yang saling menyintai seumpama (cinta yang lahir dari) perkahwinan” (HR Imam Ibnu Majah dan al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini soheh. Al-Jami’ as-Saghier; hadis no. 7361)
Menurut Imam at-Thibi; hadis ini bermaksud; apabila seorang lelaki melihat kepada seorang wanita dan hatinya menyintainya, lalu ia mengahwini wanita itu, maka dengan perkahwinan akan bertambah kuatlah perasaan kasih itu. Ulamak-ulamak lain berkata; ubat paling besar yang dapat mengubati perasaan cinta ialah berkahwin. (Faidhul-Qadier, hadis no. 7361)
Wallahu a’lam.

Sumber: Paaduu.com

Friday 29 July 2011

SMART WONDER WORLD - GAMBAR STAFF/BANTING MOLLY FANTASY/WARDINA & KAK MIDAH

Gambar-gambar di bawah ni merupakan tonggak dan tunjang utama Smart Wonder World. Muka masing-masing flawless gitu disebabkan teknologi canggih. Habis hilang semua jerawat kat muka...hahahaha!

MASMALINDA @ KAK LINDA @ LINDA MARTOPO - TUA SETAHUN JE DARIPADA AKU DAN KITA ORANG DI KAWASAN PERUMAHAN YANG SAMA. SELALU BALIK DIJEMPUT ENCIK TUNANG

RIDZUAN @ ABG WAN - DULU KERJA DI BAHAGIAN TROLI SEBELUM DITUKARKAN KE SWW. DIA PERNAH NAK BERHENTI KERJA SEBAB TAK NAK JADI JURUWANG (CASHIER) SEBAB DIA RASA SUSAH DAN MELIBATKAN DUIT KAN TAPI LAMA-KELAMAAN BOLEH BUAT DAN OKEY JE PUN! CHAIYOK ABG WAN!

NUR HASANAH @ NUR - MEK DARI KELANTAN

AKU - BEKERJA SEBAGAI PEKERJA SEPARUH MASA TANGGAL 24 DISEMBER 2004 - TARIKH SAMA BERLAKUNYA TSUNAMI YANG HEBAT DAN MEMUSHANKAN SEBAHAGIAN BESAR TANAH ACEH DI INDONESIA. AKU MASUK KERJA SEMINGGU LEWAT DARIPADA KAWAN BAIK AKU MASA SEKOLAH DUU (FORM 6), SHIMA. DIA DAPAT PANGGILAN AWAL DAN JADI JURUWANG (CASHIER) MANAKALA AKU DILETAKKAN DI SWW DAN DIA JUA BERHENTI AWAL SEBAB DAPAT MASUK KE UUM

NORSIAH @ EIYA - BUDAK PAHANG YANG TINGGAL DENGAN KAKAKNYA DI KL. KAKAK DIA KERJA SEBAGAI JURUWANG DI TEMPAT SAMA.

NUR AIN FAZILAH @ AIN FAZ - MATANYA SEPET BILA KETAWA DENGAN SUARANYA YANG SERAK-SERAK BASAH. TINGGAL DI KAWASAN BERDEKATAN JUSCO MALURI

RABIATUL ADAWIAH

ABANG SHAHRUL - DULU BEKERJA DI BAHAGIAN LAIN DAN DIA PENGGANTI KAK MIDAH YANG DAH BERHENTI KERJA SEBAGAI SUPERVISOR DI SWW. AGAK SERIUS ORANGNYA DAN PERNAH BANTU AKU UNTUK TOLONG HANTAR SURAT PELEPASAN KEPADA PEGAWAI ATASAN SEBABTERLIBAT DENGAN PASUKAN KOIR DI MPAJ (MASUK KOIR - MASA TU AKU STAFF BAHARU DAN DIWAJIBKAN MASUK KOIR UNTUK PERSIAPAN PERHIMPUNAN BULANAN DI SUK YANG MANA MPAJ MENJADI HOS PADA WAKTU ITU)
SURAT PELEPASAN YANG AKU KARANG SENDIRI

SITI NUR AIN @ AIN - MUDA BEBERAPA BULAN SAHAJA DARIPADA AKU DAN SUKA PANGGIL AKU KAK REHAN. DIA LAHIR PADA 1 JUN 1985 DAN BERASAL DARIPADA KULIM, KEDAH. MEMANG LOGHAT UTARA ADA LAGI KAT DIA DAN TINGGAL DENGAN KAKAKNYA YANG BEKERJA SEBAGAI JURURAWAT DI KL NI. SELALU TENGOK WAYANG SORANG-ORANG BILA DIA CUTI (HARI KHAMIS). BANYAK KALI JUGA KITA ORANG PERGI TENGOK WAYANG SAMA-SAMA BILA MANA AKU HANYA BEKERJA PADA WAKTU PETANG - MALAM. MASA TU AKU TAK ADA KERJA TETAP LAGI.

ADA SEKALI TU KITA ORANG BERDUA SAHAJA YANG ADA DALAM PANGGUNG TU SEBAB DI PAGI HARI PERGI TENGOK WAYANG - ORANG TENGAH KERJA KAN MASA TU! ADA SEKALI KITA ORANG TENGOK FILEM HANTU, TAJUKNYA JANGAN TEGUR DAN KEJAP-KEJAP MENJERIT SEBAB TERKEJUT. ADA DUA TIGA ORANG LAGI DALAM PANGGUNG TU PUN SAMA. BUKAN SEBAB TAKUT TAPI BILA TIBA-TIBA 'DIA' MUNCUL MEMANG RASA NAK TERKELUAR JANTUNG AKU NI.

                                                       

ZERASUWASTINA @ KAK ZERA - SHOP LEADER KITA ORANG YANG MENGGANTIKAN EN.ZAKI DAN SEBELUM EN.ZAKI AKU SEMPAT BEKERJA DENGAN KAK ZILA. KAK ZERA BERTUNANG DAN BERKAHWIN DENGAN JURUTEKNIK SWW JUGA IAITU ABG HAIRI DAN TELAH MENDAPAT ANAK YANG COMEL QASEH.

Bila Smart Wonder World (SWW) bertukar menjadi Molly Fantasy yang mana ianya tidak lagi berada di bawah Jusco @ AEON. Maknanya kita orang tidak terikat dengan apa-apa yang berkaitan AEON sebab Molly  Fantasy ada pengurusannya yang tersendiri. Sebab tu bila bukan lagi di bawah AEON, pekerja sepenuh masa tak perlu lagi terlibat dengan stock take (pengiraan stok barang) yang akan memakan masa hingga pukul 2-3- pagi sebab hanya bermula selepas pusat membeli-belah tu tutup untuk pengiraan stok barang yang ada sama ada di rak jualan ataupun di dalam stor. Nasib baik pekerja separuh masa tidak terlibat dan aku boleh balik awal.

Satu lagi kita orang tak perlu nak punch card di tempat yang selalunya dan boleh terus gores (swipe) kad pekerja kat kaunter token kita orang. Kalau hujan biasanya akuakan masuk daripada hadapan sebab berbumbung kan. Kalau ikut laluan untuk pekerja (dekat loading bay - tempat pemunggahan barang) memang kena pakai payung lah jawabnya. 

Kalau hujan lebat, payung tu memang tak ada gunanya dan akan basah seluar dan baju aku dan duduk pula dalam tempat yang berhawa dingin bertambahlah sejuknya. Jadi bila tak perlu ikut laluan loading bay tu memang lagi senang dan lagi dekat dengan Molly Fantasy. Ada pro dan kontranya bila buat macam tu dan berdiri di atas kaki sendiri. Apa-apa hal tanggung sendiri dan tak ada kaitan dengan AEON.

AKU BAWAK BALIK BANTING (BANNER) PEMBUKAAN MOLLY FANTASY UNTUK LETAK KAT AWNING UNTUK ELAKKAN TEMPIAS HUJAN. BILA MAK NAK TUKAR AWNING BAHARU DENGAN BANTING TU SEKALI MAK BUANG. AKU SAYANG NAK BUANG DAN BOLEH GUNA LAGI SEBENARNYA TAPI MAK SURUH BUANG, IKUT SAHAJALAH.

ABG ALI YANG TOLONG BUANG DAN MASA NI AKU NAK PERGI KERJA JADI SEMPATLAH AKU SNAP

BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG - BOLEH BUAT CERPEN BIBLIOGRAFI - AKU SEBUAH BANTING

KAT DIY PANDAN KAPITAL - TERSEREMPAK DENGAN BUDAK YANG DULU SELALU MASUK WONDERS PARK. AYAH MELAYU DAN MAK DIA ORANG PUTIH - TAK TAHU ASAL MANA SEBAB MAK DIA TAK BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS. ENTAH ORANG RUSIA KE, JERMAN KE AKU TAK TAHULAH. DAH BESAR BUDAK WARDINA NI. TINGGINYA, DIA!

TU MAK DIA YANG NAMPAK TAK JELAS SANGAT TU!

WARDINA DAN ADIKNYA RIDZWAN

GAMBAR RAYA KAK MIDAH DAN ANAK-ANAK DIA YANG DAH BESAR

ISLAMIC QOUTES: MUSLIMAH & AURAT

















Thursday 28 July 2011

LUPAKAN NOHIN SEKEJAP

Inilah cover buku kanak-kanak aku yang pertama! My 1st baby!

Baharu tadi aku dapat panggilan dari Kak Ecah, editor buku kanak-kanak di Buku Prima. Mula-mula cuak juga sebab suaranya tidak biasa di pendengaran telinga aku. Lepas diberitaahu baharulah lega sikit. Kak Ecah beritahu buku siri Nohin sudah siap dicetak. Juga bertanyakan tentang surat perjanjian yang dipos tempoh hari.

Kak Ecah juga bertanyakan sama ada aku nak datang sendiri ambil buku tu (penulis dapat beberapa salinan percuma) ataupun dipos. Aku duduk di Kg.Pandan jadi memang jauhlah nak ke Shah Alam semata-mata hendak ambil buku tu. Jadi aku minta pos kan sahaja buku tu.

Kak Ecah juga maklumkan akan siri kedua Nohin yang telah aku hantarkan kepadanya tidak lama selepas siri pertama dipersetujui unti diterbitkan. Mungkin dalam masa empat lima bulan tak akan ada siri kedua Nohin tu dan aku pun faham. Giliran penulis yang lain pulak lah kan! Cuma pesan Kak Ecah supaya aku meneruksan untuk siri-siri yang berikutnya.

Siri ketiga dah hampir siap sebenarnya dan rangka cerita pun aku dah karang. Buat sementara waktu tu siri Nohin tu aku lupakan sebentar dan berkalih kepada cerpen pula. Cerpen raya tak tahulah berjaya atau tidak diterima pihak penerbitan. Sekarang aku sedang menulis cerpen untuk satu pertandingan di laman web anjuran salah sebuah penerbit buku yang agak dekat dengan aku.

Wednesday 27 July 2011

ARTIKEL AGAMA: NAK JADI ISTERI SAYA YANG MANA ??

MUSLIMAH, AWAK NAK JADI ISTERI SAYA YANG MANA ??

1. Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa. (aku pun belum tentu boleh masuk dalam golongan ni)


2. Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.


3. Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh. (boleh ke aku masuk golongan ni)


4. Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.
(masyallah takutnya kalau termasuk dalam golongan ni...minta dijauhkan)


Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Pelbagai kehendak diberi, pelbagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga.


Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Di manalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.


Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai kerana Dia; sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."

Tuesday 26 July 2011

JALAN-JALAN CARI ILMU


Beberapa hari yang lalu aku saja taip satu perkataan ni kat Google. Lepas tu bertindan-tindan info yang keluar berkaitan dengannya. Banyaklah blog yang aku jumpa. Kebanyakkan blog islamik dan ilmu-ilmu agama yang dikongsikan di sana. Apa lagi aku pun ambillah maklumat yang aku rasa nak baca. Aku tak sempat nak baca satu persatu. Gambar-gambar dia pun cantik-cantik belaka. Comel sangat. Cute dan islamik. Mungkin entri yang akan datang aku akan tempelkan info yang aku dapat untuk percambahan ilmu kita bersama. Amin.

Monday 25 July 2011

ISLAMIC QOUTES: SENYUM

Senyumlah dengan ikhlas tidak kira dengan siapa pun yang kita jumpa lebih-lebih lagi dengan mereka yang lebih tua daripada kita. Senyum itu sedekah tanpa perlu mengeluarkan wang ringgit. Aku masih ingat lagi kata Imam Muda Hassan katanya

"Pesan arwah abah supaya kita sentiasa senyum". Dan itu juga yang dia amalkan sebab tu masa dalam program Imam Muda dia sentiasa tersenyum sahaja. Masa final ustaz tegur pun dia masih tersenyum dan terus tersenyum. Alangkah bagusnya kalau aku boleh menjadi sepertinya yang sentiasa tersenyum walau dalam apa keadaan sekalipun.