Friday 21 January 2011

NAK BUAT SEMUANYA...

Alhamdulillah majlis yg aku rancangkan telah berjalan dgn lancar..penat? Tak berapa nak penat sebab urusan banyak aku bg kepada mak dan angah untuk uruskan. Aku kuarkan bajet jer...(sikit mak aku tambah sebab mak yg nak order lauk sotong dgn tapai) hahaha...kawan2 hmmm tak ada yg datang disebabkan dorang pun hal...tak apalah nak buat macam mana kan....gambar dah ada cuma mood nak muat naik gambar tak ada lagi...
Ada beberapa perkara yg berlegar dlm kepala aku nih...nak buat itu, ini, nak kemas sana punggah sini susun situ tapi tak buat-buat pun. Semangat dan niat tu dah ada tapi bila leka lama2 jadi letih + ngantuk + malas = tidur!! Apa kes?...Udahlah awak tu tak bnyk masa kat umah kan....asyik keje, keje dan keje keje jek....
Apa yang aku nak buat....antaranya:
1) kemas meja opis sebab bnyk barang berharga aku kena simpan kunci lemari xder...mcm mane tu...kamera 3 buah dgn memori kad + bateri, kad utk drebar, kad touch n' go, barang utk scanner...ish3..tak patut aku yg kena simpan walhal org lain yg sepatutnya buat.
2) nak kemas koleksi buku2 lama kat blkg (...pilih jer kat dapur, dlm almari mak, dlm lemari aku, bawah katil, atas almari semua tempat ada). Masalahnya kalau aku yg kemas memang tak cukup sehari semalam mahu seminggu nak kemas siap nak belek satu persatu eh...teringat pulak kenangan dolu2...
3) kemas koleksi 'harta benda' yg dah tak ada tempat nak simpan (dr koleksi key-chains, bookmarks, gelang (ni tak bnyk pun lagipun bukan aku pakai pun), button badges, dompet2 kecik, setem, kipas tangan, pen/pensel yg cantik pd pandangan aku lah), stickers, dll barang kraftangan. (penat nak senaraikan!)
4) sempurnakan hasil karya aku yg bersepah2 (dlm h/phone, buku nota, helaian kertas dan dlm kertas kecil pun ada) tak kiralah puisi ker cerpen ker manuskrip novel ker...
5) taip sebuah catatan perjalanan yg gambarnya pernah aku letakkan di dalam blog ni tanpa catatannya...rasanya nak masuk tahun ketiga kot dari tarikhnya....
6) cari kotak/ bekas nak simpan gajet2 yg aku ada...alah tak banyak mana pun...setakat (hard disk, pendrive, kamera, laptop, memori kad segala tu...) sebab sekarang satu kat sini dua kat sana kat sinun...)
7) beli novel baharu (ada tiga empat buah yg dah dlm perhatian) dan baca! Bukan beli dan simpan!
8) kuar dgn member (ni masih dlm perancangan sebab dia nak kuar hari Senin masa hari berkerja tapi jadual aku tak izinkan kecuali hari Jumaat jer). Tengoklah macam mane nanti....last jumpa dia pun setahun yang lalu masa kawan kita orang kahwin...(kalo dia tak kawen mesti tak jumpa huhuhu!!!)

No comments: