Monday 24 January 2011

APA MASALAHNYE?


Aku tak tahu pompuan sekor ni macam suka cari pasal dengan aku...kalau dah silap tu diam jerlah...bukan pasal apa pun setakat surat khabar jer tapi mulut dia memang kurang ajar sesangat. Mungkin dia bengang aku ambil keje dia yang senang-lenang sebelum ni. Bolehlah dia makan gaji buta tiap2 bulan.(Ni sebelum rombakan bersama bos baharu). Udahlah aku ambil meja dia yang siap ada komputer lagi (utk unit tersebut) dia pulak kena dok bahagian depan jaga aduan. Kena tahan telinga dek maki hamun orang lain termasuk mereka yang sibuk nak tahu jawapan mengenai aduan tersebut.
Dulu masa sorang pegawai minta minit mesyuarat dia sibuk tanya aku. Aku cakap ada atas kabinet CC (ketua kerani yg kebetulan MC) dia mati-mati kata tak ada. dia muka kurang ajar dia tu...udahnya aku gi cari kat situ nah ada pun...dah aku kata atas kabinet carilah kat situ yang bangang gi cari tempat lain tu sape suruh!
Lepas dah bagi kepada pegawai tu aku pun sound gak.." ni ada pun atas kabinet tu...tak cari elok2 memanglah tak jumpa". Rasanya dia dengar dan mulai dari situ dia macam anti dengan aku...satu kes kita orang sebagai kerani kena bergilir-gilir jaga kaunter bila time aku dia suka2 jer nak jerit "sapa jaga kaunter"! Aku tahulah turn aku yang jaga bukan aku duduk goyang kaki pun...aku gi fotostat kat belakang je.
Ada lagi masa tu CC masuk hospital (masa mula2 mengandung) dan sume keje dia aku yang tanggung secara percuma (ni satu hal) lepas tu sume benda nak tanya aku waima borang cuti pun nak tanya. Melampau sungguh dorang ni! Korang yang lagi lama keje kat sini aku pulak yang korang tanya. Manjakan sangat semua sanggup sampai dorang naik lemak. Sendiri nak cuti nama bos tak kan tak boleh nak tulis sendiri kot! Tangan ada dua2 belah bukan cacat pun! Lepas tu longgok atas meja CC tu!
Ingat aku ni tak ada keje lain ker...nak key-in surat yg berlambak2 aku nak buat. Itu belum lagi surat yang dah diminitkan oleh Pegawai utk diserahkan kepada kerani pun aku nak key-in semula (nak elakkan surat hilang). Lepas tu nak jaga kaunter (bila giliran), nak jaga appointment bos lagi...meeting sana sini sape pegawai yg hadir, nak cari rekod surat dari mana ke sape..borang cuti, tempahan kenderaan, inden minyak, kad touch n go...kalo akak sorang tu cuti ke MC lagi beribu-ribu lemon keje. Nak cop surat lagi...kalo urgent kena settle cepat2...sampai naik letih dibuatnya tiap2 hari. Sikit2 Rehan sikit2 Rehan dorang lagi malas nak ambil tahu. Mentang2 aku rapat dgn CC ingat aku tahu semua benda ker!!!
Ada tu bila aku kata 'borang cuti ada kat tempat saya nanti saya bagi'. Aku rasa dia pekak kot sebab bila akak yang lain cari dan borang tu ada dia nak salahkan aku. Aku mana tahu borang tu ada kat situ! Sebelum itu ada yg bagitau aku kata tak ada jadi aku pun bgtau benda yang sama. Yang orang tu okey jer bila aku kata nanti aku bagi. Bukan salah aku sebab yg mula2 tengok kata tak ada.
Boleh pulak mulut dia membebel kata:
"Kak .... tak sukalah kalau orang berkira-kira kerje ni. Tak boleh nak bertolak ansur' Wak luuuuu........ doa aku berkira! Kalau berkira aku tak nak buat keje CC ni lebih baik aku dok relax sebab keje aku dah siap. Dia tak sedar diri kerana dia tu sebenarnya yg berkira kerja sebab bila orang lain tanya "Kak .... tak tahu ni sebab bukan bahagian Kak... @ Kak .... tak boleh nak tolong sebab Kak ... tak tahu"
Ko kan pegawai atasan (sebenarnya tak atas mana pun) cubalah tolong ni baharu tengok surat dah kata tak boleh...pastu relax kat tempat dia berborak2 sakan. Hari tu bos soh dia wat keje hah kelam-kabut dibuatnya. Tu kali pertama aku tengok dia sibuk semacam, macam cacing kepanasan sebab benda itu nak cepat. Melilau sana sini cari j/teknik nak kan laporan...
Aku sebenarnya tak nak tulis pasal benda ni tapi rasa sabar tu dah sampai tahap maksimum. Tak boleh nak sabar lagi...ni naseb baik kat blog (tak ramai yg tahu pasal blog ni) kalo dekat fb lagi teruk jadinya kan! Aku bukan nak cari gaduh dengan kau pun jadi apa masalahnya! Bukan aku jer dengan drebar yg dah tua pun ditengkingnya (masa aku mula2 keje) dan k/tgn lain pun dah masak dengan mulut kurang ajar dia tu. Aku tak tahulah macam mana tunang dia boleh tahan. Entah2 dengan tunang dia lembut gigi dari lidah + pijak semut pun tak mati + alim-alim kucing. Nah ambik kau!!!!
~rasanya dh panjang sangat aku membebel kat sini...huh lega sikit. Sebenarnya aku nak tulis pasal lain tapi si bongok dah kacau feel dan mood aku hari ni...harap2 petang nanti aku boleh bergelak ketawa semula....amin

No comments: