DUNIA
FAMILI
» Bila mak kata dia teringat,
kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab
kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak
memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata
“Ayah memang tak ambil kisah”
Tetapi
» Bila hati mak kita terguris,
mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh
berkata dia tetap bangga.
Fikir-fikirkanlah
* Bagai pusingan roda… sampai masanya kita pula akan
menjadi ibu atau bapa… dan anak-anak kita akan melakukan apa yang pernah kita
lakukan terhadap ibu dan bapa kita… dan kita akan bersabar dengan kerenah
mereka sebagaimana ibubapa kita pernah lakukan kepada kita… dan begitulah
seterusnya… janganlah mengabaikan mereka, janganlah menghantar mereka ke rumah
orang-orang tua. jagalah mereka seperti mereka menjaga anda sewaktu kecil..
Jangan abaikan mereka…
Sayangilah ibubapa kita…insyaAllah kita akan disayangi oleh anak-anak kita
pula..
Dipetik dari Ayat-Ayat Terindah
No comments:
Post a Comment