Friday 2 September 2022

RUMAH SEWA - PAIP & ELEKTRIK MESIN BASUH,TINGKAP ROSAK,DAWAI,BOCOR,BARANG EKO & DIY,SINKI,TELUR, RUMAH BAHARU (LPPSA)

13.8.2022
Cina yang datang buat tu merupakan abang kepada tuan rumah dan dia hantar seorang pekerja dia sahaja untuk buat paip dan suis elektrik untuk mesin basuh aku. Aku cakap kat agen tu pasal benda ni dan dia suruh aku beritahu dekat tuan rumah. Tuan rumah cakap nanti dia datang tengok dulu dan dia dah daang tengok pun pada 30 Julai 2022.

Masa tu tuan rumah datang dengan isteri dia dan tukang tu lah dan dah siap ukur bagai tengok muat tak nak masukkan mesin basuh kat kawasan yang dia orang nak tebuk untuk paip dan elektrik.

Pada 13.8.2022 (Sabtu) dia datang buat dan aku minta Mr.A temankan aku masa dia orang datang buat sebab aku seorang sahaja kan kat rumah. Mula-mula Mr.A cakap kalau tak ada kerja dia nak datang, tapi tak janji. Alhamdulillah dia datang juga dan temankan aku sampai ke petang. Kalau dia tak datang aku seorang sahaja dengan Cina tu kat rumah, risau juga kan....

Tuan rumah minta aku snap gamabr bila dia orang dah buat kerja-kerja tu dan gambar ni lah yang aku snap dan hantar kepada tuan rumah.

NAK TAMPAL JUBIN NI NANTI DIA DATANG HARI LAIN PULA


INILAH PAIP DAN SUIS ELEKTRIK ANG DAH SIAP - MESIN BASUH AKU BELUM ALIHKAN DARI DAPUR KE SINI LAGI


SKRU TINGKAP NI DAH LONGGAR DAN AKU ADA BERITAHU AGEN HARI TU DAN DIA DAH TENGOK - DIA SURUH AKU BELI PEMUTAR SKRU DAN CUBA TENGOK SKRU TU PANJANG KE PENDEK SEBAB TAK SAMA PANJANG

JADINYA TINGKAP YANG INI MEMANG AKU TAK BUKA

15.8.2022 - NAK BUAT AMPAIAN SIDAU BAJU DAN NAK MINTA TOLONG MR.A NANTI PASANGKAN

DAH DUA KALI TUKANG TU LETAK SILIKON TAPI MASIH ADA BOCOR SEDIKIT LAGI DAN AKU TAK ADALAH NAK MENGADU KAT TUAN RUMAH SEBAB SIKIT JE BOCORNYA. AKU DARI HARI TU CAKAP DENGAN MR.A DAN DIA CAKAP DIA BOLEH LETAKKAN SILIKON TAPI CAKAP MACAM TU SAHAJA LAH! TAK ADA DIBUATNYA PUN SAMPAILAH AKU BERITAHU TUAN RUMAH, SEKEJAP SAHAJA DAH SIAP.

20.8.2022

22.8.2022 - BELI BARANG DEKAT DIY & EKO -  BARANG DIY HANYA SATU IAITU ALAS PAPAN SETERIKA TU SAJA DAN YANG LAIN AKU BELI DEKAT EKO

SEBELUM

SELEPAS - BENDA NI ADIK AKU YANG SURUH BELI SEBAB BILA GUNA, AIRNYA TERPERCIK SANGAT SAMPAI BASAH LANTAI


17.8.2022 
Tuan rumah WA aku beritahu hari Sabtu ni dia orang akan datang untuk buat jubin (tiles) tapi pada hari Sabtu (20.8.2022) tuan rumah WA beritahu tak dapat datang hari ni dan akan datang esok. Aku okay sahaja sebab memang ada je kat rumah.

21.8.2022 (Ahad) 
Pada hari yang sepatutnya dia orang datang, tak jadi datang juga sebab pekerja yang nak datang buat tu tak sihat pula dan tangguh ke minggu depan pula.

26.8.2022 (Jumaat)
Tuan rumah WA beritahu hari Ahad (28.8.2022) dia orang akan datang buat jubin tu dan Mr.A tak ada sebab kita orang dah berjumpa pada hari Jumaat malam selepas dia pergi urut dan aku minta tolong hantarkan kek buat kat rumah mak aku (aku beli masa hari gaji dan takut lambat hantar nanti rosak pula kek buah tu nanti).

Ni pun jadi isu juga sebab janji temu untuk urut tu aku yang buat sebab Mr.A suruh aku carikan tukang urut dan aku pun carilah dekat internet dan jumpa tukang urut dekat kawasan Pandan Indah ni. 

Bila dah tempah slot tu, tukang urut tu minta nombor Mr.A sebab dia tak nak guna orang tengah sebab dia pernah ada kes yang mana isteri yang booking tapi dah sampai masa, suami dia tak datang-datang dan bila telefon isteri, isteri dia beritahu tukang urut tu nanti dia telefon suami dan tanya dia kat mana.

Aku cakap aku tolong booking slot tu dan confirm dan nanti aku hantar nombor Mr.A kat tukang urut tu. Aku booking slot untuk hari Jumaat (26.8.2022) untuk slot pukul 10 walaupun waktu asal yang M.A minta ialah pukul 9 malam. Tukang urut tu cakap dia ada slot urut selama 2 jam bermula pada 7.30 hingga 9.30 malam dan lepas tu dia nak sanitasi tempat urut tu dulu sebelum slot yang lain bermula.

Pada hari Jumaat tu aku WA Mr.A pada 7.35 malam selepas seharian dia tak mesej aku. Aku cakap jangan datang lambat sebab orang tu ada slot lain lepas urut Mr.A dan pada 9.53 malam aku send nombor tukang urut tu dekat Mr.A biar dia telefon sendiri beritahu dia datang lambat.

Pukul 8.37 malam aku telefon dia dan dia beritahu dia ada dekat Subang Jaya dan baharu lepas kerja dan sekarang tengah makan. Aku pun mulai lah nak naik angin sebab aku dah tanya banyak kali boleh ke dia datang pada tarikh ni dan dia cakap boleh sebab dia dah janji nak urut jadi dia akan cari masa untuk datang tapi sudahnya dia buat hal sama macam dia janji dengan aku lah. 

Janji nak datang pukul 9 (maknanya pukul 9 tu dah sampai lah kan!) tapi bila aku mesej atau telefon, pukul 9 tu dia baharu nak keluar dari rumah! Mana aku tak sakit hati. Janji taik kucing!!! Lepas aku telefon lagi pada 9.37, dia pula telefon pada 9.40, dia lagi yang telefon aku pada 10.05 dan aku pula yang telefon dia pada 22.07 malam sebab tukang urut tu pun ada mesej aku sebab Mr. tak datang-datang lagi untuk slot dia pukul 10 malam tu.

Masa telefon tu suara dia pun dah lain sebab aku bising-bising kat dia kan! Dia siap cakap, "Sekarang you nak saya datang ke tak?" Amboi, bukan main dia cakap macam tu kan! Aku jawablah nak lah dia datang! (Lagi pun aku dah beritahu Adik aku yang aku nak datang hantar barang dan suruh dia turun bila kita orang dah sampai). Dia cakap, "okey kalau nak saya datang, nanti lepas urut, saya datang sana." Aku jawab okey je lah. Nanti cakap lebih-lebih dia tak nak datang pula dan siapa nak hantar aku pergi rumah mak aku kan. Sabar sahajalah!

Lepas tu Mr.A voice note tanya aku, aku booking atas nama siapa sebab tukang urut tu pelik bila Mr.A telefon dan cakap dia otw nak datang urut. Aku cakap beritahu tukang urut tu, Tunang Raihan" dan nanti dia tahulah. Lepas tu aku send alamat yang tukang urut tu bagi (asalnya dia nak send sendiri kepada Mr.A dan aku melalui aku) tapi mungkin sebab dah lambat kan, dia hantar je dekat aku dan aku send ke Mr.A.

Pukul 10.36 malam tukang urut mesej aku beritahu, "Still belum nampak kelibat. Masa yg tinggal 30 minit ja ni" dan aku forwardkan ke Mr.A.

Pukul 11.13 dia telefon beritahu dia dah gerak ke rumah aku dan aku pun siap-siap lah nak pakai tudung semua kan dan pada 11.22 malam, dia mesej aku. Dia cakap "___". Dia dah ada dekat bawah lah tu dan masuk je dalam kereta aku tak cakap apa. Aku diam je dan ini kali pertama aku naik kereta Naza putih dia yang baharu dia beli (kereta second hand je pun!) dan dia pernah cakap kat aku yang dah beli kereta ni sebab senang untuk dia gunakan untuk kerja sebab besar daripada kereta Kenari dia tu kan.

Dia tengok aku diam dan tanya, "Kenapa ___?" Aku cakap tak ada apa. Malas nak layan. Dalam perjalanan dia sibuk panggil aku dan tanya kenapa diam dan jawapan aku tetap sama. Aku malas nak layan dia. Sampai kat kawasan rumah aku suruh dia berhentikan kereta kat belakang kedai baiki motor sebab kalau berhenti dekat tempat selalu kita orang turun dari teksi ke grab, nanti orang kat situ nampak pula. Esok ada kenduri cukur jambul anak Cik Kiah Nasir tu.

Jadinya aku tunggu Adik aku datang kat belakang kedai motor tu sajalah dan gelap sikit dan orang tak nampak pun aku datang sana. Tak lama lepas tu Adik datang dan aku bagi barang yang aku nak bagi dan borak-borak sikit sambil gelak-gelak sebab tu kali pertama Adik tengok Mr.A secara berdepan.

Bila Adik dah gerak balik, Mr.A tanya aku, "kenapa tak kenalkan Adik aku dekat dia?" Aku terdiam sebab tak terfikir pula nak kenalkan dia dengan Adik aku tadi. Insya Allah lain kali lah yer.

28.8.2022 - SAMBUNG TAMPAL JUBIN HARI TU DAN KALI NI PEKERJA INDONESIA PULA DAN TAK LAMA PUN. MR.A TAK DATANG SEBAB DIA KERJA. NASIB BAIK TAK LAMA KAN DAN BILA NAK BALIK TU AKU MINTA TOLONG ALIHKAN MESIN BASUH TU KE LUAR - NANTI PANDAILAH AKU PASANG SENDIRI

DAH SIAP PASANG DAN AKU HANTAR GAMBAR NI DEKAT TUAN RUMAH


HOS GETAH YANG ADA PENDEK PULA DAN AKU KENA CARI YANG PANJANG SIKIT - NI AKU TENGOK DEKAT EKO TAPI TAK BELI LAGI PUN

30.8.2022 - BELI DEKAT EKO, DAWAI HIJAU UNTUK BUAT AMPAIAN DAN PLAYAR. SEKARANG KAN ASYIK HUJAN DAN BAJU AKU KAN MASIH BASUH TANGAN LAGI, JADINYA LAMBATLAH NAK KERING. KALAU DAH BANYAK TU KAT MANA PULA AKU NAK SIDAI KAN! SEBAB TU NAK MINTA TOLONG MR.A IKATKAN DAWAI NI NANTI (NANTI TU SILAP-SILAP TAHUN DEPAN BAHARU SIAP!)

AKU ORDER KAT KEDAI MAMAK KAT RUMAH (FOODPANDA SEBAB MALAS NAK TURUN) DAN MINTA KUNING TELUR TU CAIR TAPI DAPAT MACAM NI. ADIK AKU CAKAP KALAU NAK BUAT ADUAN KENA BUAT PADA HARI YANG SAMA SEBAB DIA PUN PRNAH BUAT KAT DUNKIN DONUT SEBAB MINTA LAIN DAPAT LAIN PADAHAL ADIK AKU DAH CAKAP KALAU DONUT YANG DIA NAK TU TAK ADA, TELEFON DIA TAPI DIA ORANG TAK TELEFON PUN. PANDAI-PANDAI BAGI DONUT LAIN. NASIB BAIK TAK BOLEH BUAT ADUAN DAH, LAIN KALI KENA BUATLAH..

1.9.2022 - PERMOHONAN LPPSA DAN KENA SAHKAN YANG AKU TERIMA TAWARAN DI LAMAN SESAWANG DAN AGEN LPPSA AKAN BUAT PROSES YANG SELANJUTNYA. SEMOGA DIPERMUDAH SEGALA URUSAN AKU.






1.9.2022 - SCREENSHOT YANG PUAN FINO DARI LPPSA LETAK DEKAT STATUS WA DIA SELEPAS AKU CHAT DENGAN DIA PASAL PROSES TERIMA TAWARAN DEKAT LAMAN SESAWANG SELEPAS PERMOHONAN LPPSA AKU BERJAYA....


LEPAS NI TUNGGU URUSAN SELANJUTNYA IAITU TANDATANGAN DOKUMEN PERJANJIAN DAN DOKUMEN LPPSA DAN SELEPAS TU TUNGGU KUNCI SAHAJA (NI KATA AGENT RUMAWIP TU LAH)...ALHAMDULILLAH URUSAN AKU DIPERMUDAH UNTUK MEMILIK SEBUAH RUMAH SENDIRI.

No comments: