Tuesday 13 September 2022

QUEEN ELIZABETH II MENINGGAL DUNIA & MR.A DAN PERLAWANAN KRIKET (ASIA CUP)

Queen Elizabeth II dan meninggal dunia pada 8.9.2022 di Balmoral Castle, Aberdeenshire, Scotland, United Kingdom pada usia 96 tahun.

Ni dekat laman sesawang yang aku selalu tengok pasal gambar-gambar DiRaja ni...Newsmyroyals.com

11.9.2022 - AKU TENGOK DEKAT YOUTUBE DAN KEBETULAN TENGAH LIVE




PERLAWANAN KRIKET

Pada 7.9.2022, masa aku jumpa Mr.A dia sibuk tengok perlawanan kriket antara pasukan Pakistan dan Afghanistan yang diadakan di Dubai. Mr.A kata kalau tidak Piala Asia Cup ni nak dibuat di Malaysia sebab Dubai tak beri keputusan dan bila nak buat kat sini, Dubai kata boleh pula buat di sana.

Adalah Mr.A beritahu pasal perlawanan kriket ni dan aku fahamlah sikit-sikit kan. Aku dah mengantuk masa tengok perlawanan kriket ni dah sudahnya Mr.A sahaja yang tengok sampai habis perlawanan kriket ni dan Pakistan menang!

Perlawanan akhir pada 12.9.2022 (Isnin) dan aku dapat tahu bukan daripada Mr.A. Aku tengok dari awal antara Pakistan dan Sri Lanka. Pasukan Sri Lanka yang main dulu dan dapat buat 170 runs manakala pasukan Pakistan hanya berjaya membuat 147 runs. Aku tak tahulah sama ada Mr.A tengok ke tak sebab dia kata ada kerja malam.


PENYOKONG PAKISTAN



RIZWAN DARI PAKISTAN - HANDSOME KAN TAPI BILA AKU CARI TAHU PASAL DIA, DIA DAH KAHWIN! ADA DUA ANAK PEREMPUAN DAH - KAHWIN DENGAN SEPUPU DIA!!!! 



YANG HEBAT DI PASUKAN SRI LANKA IALAH HASARANGA DAN RAJAPAKSA - MASA AKU TENGOK PERLAWANAN INILAH SEBAB AKU BUKAN PEMINAT KRIKET PUN. KALAU TAK BERKAWAN KE BERKASIH KE BERCINTA KE DENGAN MR.A, MEMANG TAK ADALAH AKU NAK TENGOK PERLAWANAN KRIKET NI. TAMBAHAN PULA MR.A KAN MAIN KRIKET DI SINI DAN ADA PASUKAN KRIKET DAN SEKRANG DIA DAH JADI KAPTEN PASUKAN KRIKET!!!


PENYOKONG PASUKAN SRI LANKA

SIAP LETAK KAT STATUS WA TU....HAHAHA

Sekarang dah faham sikit-sikit dan nanti boleh lah tengok kalau ada lagi perlawanan kriket. Malaysia pun ada tema kriket juga tapi tak hebat mana lah....

No comments: