Sunday, 25 September 2022

10.9.2022 - TANDATANGAN PERJANJIAN RUMAH BAHARU & MASALAH GARA-GARA MR.A!

Pada 5.9.2022 agen rumah telefon aku dan beritahu Sabtu ni (10.9.2022) boleh tak datang untuk 'sign' SPA dan aku tanya dekat mana? Dia jawab dekat Galeri Jualan tempat hari tu aku pergi pilih unit. Lepas tu aku telefon Adik aku dan dia cakap kalau hari Ahad bolehlah dia temankan. 

"Cik, ini rumah pertama awak, cuma arrange half day untuk sign SPA, kemudian tunggu dapat kunci saje"

Apa kau rasa bila agen rumah mesej macam ni....

9.9.2022, aku tanya lagi dan Mr.Chin cakap, "I dah minta lawyer direct contact to confirm". Lepas tu aku minta nombor telefon peguam tu biar aku je yang telefon dan agen cakap nanti dia tanyakan. Lepas tu dia hantar nama peguam pemaju suruh aku Google dan cari sendiri kat internet!!!

Dia ada kan nombor peguam tu kenapa nak suruh aku cari sendiri! Balik dari klinik dan sambil nak tunggu ke tempat Adik, aku cuba Google dan telefon sendiri pejabat peguam pemaju dan yang jawab tu cakap nanti dia semak dulu dan telefon aku nanti. 

Masa kat tempat Adik, peguam pemaju (peguam yang in charge) pula yang telefon dan cakap nanti dia cuba aturkan untuk aku tandatangan sekali dokumen berkaitan LPPSA sekali sebab dokumen tu pun dah siap. Jadi aku tak perlu datang banyak kali untuk tandatangan dokumen perjanjian yang ada. Aku cakap boleh je sebab senang siapkan semua sekali.

Tak lama lepas tu, peguam LPPSA pula yang telefon (Nabila) dan beritahu suruh datang ke pejabat dia orang untuk tandatangan kedua-dua dokumen sekali (dokumen pemaju & LPPSA). Lepas tu dia beri alamat dan bertempat di Megan Avenue 1, Jalan Tun Razak.

Pada 11.9.2022, Mr.Chin mesej aku tanya aku dah contact peguam ke belum dan dah aturkan untuk tandatangan SPA ke? Aku tak balas pun...hahaha

12.9.2022 - Mr.Chin tanya, "Lawyer ada call?" dan aku cakap, "dah". Yang dia tanya, "Sudah arrange signing SPA?" pun aku jawab dah. Dia cuma balas Ok, baik dan tanda bagus.

14.9.2022 - Mr.Chin tanya lagi, "Cik arrange dgn lawyer signing bila?

Aku jawab, "dah sign last week'. Dia ingat aku tak boleh selesaikan sendiri ke...hahaha Dia kan suruh aku cari sendiri nombor telefon peguam tu.

Akhirnya aku ajak Iqa temankan aku pergi tandatangan dan aku ambil dia kat Taman Dagang dulu.

Alhamdulillah dah selesai tandatangan semua dokumen (sangat banyak sebab ada banyak salinan) dan lepas ni tunggu dapat kunci sehaja selepas 4 tahun sebab pemaju ni dapat pengecualian sebab selalu kena siap dala tempoh 36 bulan (3 tahun) tapi pemaju ni dapat tempoh untuk 48 bulan dan Insya Allah tahun 2026 siaplah rumah tu. Semoga Allah panjangkan umur aku untuk dapat duduk di rumah sendiri dan boleh hias dan deko sesuka hati aku.











CIK @ PUAN NABILA TU KELUAR UNTUK FOTOKOPI IC AKU, KITA ORANG AMBIL GAMBAR DULU SEBAB TINGGAL KITA ORANG SAHAJA SEBAB TADI ADA RAMAI JUGA YANG DATANG UNTUK TANDATANGAN DAN KEBANYAKAN DATANG DENGAN PASANGAN....




BANYAK SALINAN DAN BILA CIK NABILA TU ADA LAGI TAK BETUL TANDATANGAN AKU....HAHAHA








 Ada lagi gambar dekat telefon Iqa dan nanti aku letak di entri yang lain pula.

No comments: