Sunday 4 September 2022

4.9.2022 - TIMES SQUARE & FILEM AIR-FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA (BHGN 1) & SCREENSHOTS WA MR.A

Semalam dah keluar dengan Meen, hari ni keluar pula dengan Adik aku dan Nurul ikut sekali. Tengok filem yang sama. Serba salah aku jadinya kan. Aku dah janji nak tengok filem ni dengan Adik aku jadi masa keluar dengan Meen aku nak tengok filem lain tapi Meen pula nak tengok filem yang sama. Mujur dia yang belanja tiket wayang, jadinya boleh lah walaupun terpaksa tengok dua kali filem ni nanti.


Pagi tu aku telefon Mr.A dalam pukul 10 lebih dia tak jawab dam mesej aku dari semalam pun dia tak baca dan balas. Aku bersangka baik sahajalah dengan fikir dia penat bekerja kan, Dekat pukul 11 dia telefon dan dah dekat 11 lebih aku tak siap lagi. Adik dan Nurul dah siap-sia nak keluar rumah dah. Sudahnya 'off call' masa Mr.A cakap dia nak makan dulu dan lepas tu dia nak telefon aku semula.

Banyak pula dia masa nak video call aku sebab selalu memang susah sedikit. Masa aku dalan e-hailing dia video call dan aku jawab sampailah ke GSC masih lagi bervideo call dengan dia. Mr.A ingat aku pergi seorang diri dan sibuk nak tengok aku dengan siapa masa dalam grab tadi. Memang tak ada siapa sebab aku pergi seorang diri kan!

Masa sampai depan GSC tu jam dah pukul 11.54 pagi dan filem tu mula 11.45 pagi. Nak scan QR kod pula tak boleh sebab tadi Adik aku dah scan dan staff yang bertugas dekat situ pula tak ada. Lepas tu bila aku dah berdiri depan panggung pun masih lagi bervideo call dengan Mr.A dan suruh aku enjoy tengok filem tu. Aku dah berapa kali ajak dia pergi tengok wayang tapi dia tak nak dan ada sahaja alasan yang dia bagi.

Dekat setahun kenal dia, hanya dua kali sahaja yang aku dan Mr.A pergi tengok wayang. Sabar sahajalah!






 




ADA JUAL BUKU INGGERIS RM1 DI BORDERS DAN NURUL DAN ADIK ADA BELI NOVEL KAT SANA


MAKAN KAT TEMPAT BIASA DI RESTORAN BANANABRO





SINGGAH DIY - NAK BELI TAPI NANTI TAKUT TAK BOLEH GUNA, JADINYA SNAP GAMBAR SAJA DULU


AKU BELI KERUSI NI SEBAB ADIK AKU CAKAP RUMAH SEWA AKU SEKARANG NI TAK ADA KERUSI! NI AKU DAH BELI JANGAN CAKAP TAK NAK DATANG EH....!








KITA DUDUK DULU








No comments: