Friday 2 September 2022

27.8.2022 - STESEN MRT SIERRA 16 PUCHONG BERSAMA MR.A (BHGN 2)

Dia duduk menghadap aku dan aku duduk menghadap depan. Hari mulai hujan dan boleh tahan lebat juga. Dia cakap suruh aku pakai baju cantik-cantik bila datang jumpa dia dan aku cakap, selalu keluar dengan dia aku memang pakai akan baju cantik. Tapi sekarang aku ajak dia keluar kan dia asyik tak nak je, cakap letih lah penatlah dan sudahnya ke mamak juga. 

Buat apa aku nak pakai lawa-lawa kalau setakat nak pergi makan kat mamak yang dekat dengan rumah aku kan! Dah lah datang pun malam! Buat penat aku gosok baju dan tudung sahaja. Aku cakap macam tu dan dia diam sahaja bila aku cakap macam tu.

Lepas tu aku cakap pasal qoutes yang aku hantar dekat dia. Dia cakap dia tengok sahaja dan dia tak faham pun. Aku cakap baca tak tengok betul-betul pun. Dia cakap mana nak tengok, saya sibuk buat kerja. Pulak!!!

Ada DUA qoutes dan yang  pertama ialah: 

DON'T LOSE HER 💗

A GIRL THAT CRIES OVER YOU,
STRESSESS OVER YOU,
GEST MAD AT WHAT YOU DO,
WORRIES ABOUT YOU,
IS THE TYPE OF GIRL WHO
IS REAL AND DOWN FOR YOU.

DON'T LOSE HER. 💗

***************************************************

HARGAI SELAGI ADA.
JAGA SELAGI BERSAMA. ðŸ’—

Dia tanya, " Apa meaning?"
Aku: Jaga saya masa saya ada dengan ___.
Dia: Macam mana jaga ____?
Aku: Appreciate saya
Dia: Macam mana appreciate ____?
Aku: Aku cakap faham tak. Sayang tak appreciate saya pun. Dia diam saja.

Hujan lebat dan dia cakap basah seluar dia. Dia pakai jeans dan baju biru yang dah terkoyak sikit kat bahagian perut (bulan Jun hari tu dia ada cedera masa buat kerja dan luka kat perut dia. Baju yang samalah dia pakai sekarang. Masa perut dia luka aku ada bagi dia Gel Aloe Vera untuk dia letak kat luka dia. Baik kan aku!)

Aku suruh dia jangan duduk macam tu tapi dia cakap tak apa. Tak lama lepas tu, bos dia telefon tanya kat sini hujan ke tidak? Mr.A tunggu bos dia datang untuk drill konkrit untuk pasang pagar tu. Dia cakap dia tak pandai sangat buat kerja macam tu dan nak kena korek 10 kaki dan benda tu susah nak buat.

Bos dia pandai buat tapi tak nak datang dan nak suruh dia sahaja yang buat. Dia cakap dia tak adalah nak korek sampai 10 kaki. Hujan semakin lebat dan kena tempian kat belakang badan aku dan terasa sejuknya dan aku bersandar dekat dia. 

Dia tanya aku dah makan ke belum? Aku jawab tak lagi dan dia ajak aku gi makan kat kedai mamak (tempat dia selalu belikan makanan untuk pekerja dia). Aku cakap tak nak dan lagi pun aku nak balik dah (cakap je tapi dalam hati nak je pergi makan dengan dia). Ni masa awal-awal tadi lah dia tanya aku.

Lepas tu bila hujan dah reda sedikit, dia ajak lagi aku pergi makan dan dia cakap ___ tak makan dari pagi kan. Lepas tu borak lagi dan aku cakap pasal hari Rabu depan kat cuti 31 Ogos dan aku ajak dia tengok wayang filem Mat Kilau. Dia tanya aku dah booking tiket ke? Aku cakap tak payahlah pergi tengok! (Hati tengah panas pasal kejadian pagi tadi kan).

Dia ajak aku ikut dia (nak pergi makan kan) dan aku tanya boleh ke masuk kat tempat dia kerja? Dia cakap boleh sebab 'guard' tu kawan dia dan dia cakap bahasa Urdu dengan guard tu dan dia terus ajak aku masuk kat bawah laluan MRT tu dan aku ikut sahaja dia. Sebelum tu, tadi masa tunggu Mr.A, guard tu ada tanya dekat aku, tunggu siapa? dan aku jawab tunggu kawan dan dia angguk sahaja. 

Bila aku cerita dekat Mr.A pasal ni dia buat muka dan siap cakap 'hhhmmppp', sebab aku cakap aku tunggu kawan. Aku cakap kat Mr.A, "habis tu saya nak cakap apa?" Dia kata cakaplah saya tunggu suami. Aku cakaplah mana boleh cakap macam tu, nanti sepupu dia dengar nanti macam mana?

Mr.A ada tanya aku ada pakai lipstick tak? Aku jawab lah masa nak datang sini tadi adalah pakai lipstick.

Mr.A: Sekarang sudah hilanglah
Aku: Angguk je lah
Mr.A: Siapa bagi hilang?
Aku: Guard tu (dia memang mengundang jawapan macam tu kan!)

Dia marah aku cakap macam tu...hahaha

Mr.A: Saya mau pergi hentam itu guard lah sebab saya tak boleh hentam ___. Aku senyum je lah...
Aku: Tadi kan panas dan berpeluh-peluh kan, hilanglah lipstick tu.

Lepas tu, Mr.A tengok hujan dah berhenti dia nak sambung kerja sikit dan suruh aku tunggu kat satu kawasan kat bawah MRT tu. Ada pekerja lain yang tengah berehat (bukan yang sama-sama kerja dengan Mr.A) dan ada juga di sebelah sana (Melayu dan Nepal). Aku cakp ok lah aku tunggu dia dekat situ. Masa tunggu tu memang aku snap lah gambar dan video dia orang tengah buat kerja kan!

Hujan pula sekejap lebat sekejap reda dan sudahnya masa dia nak drill t hujan lebat pula. Sudahnya dia ajak aku pergi makan dan tak jadi sambung kerja dia. Dia tukar baju dan seluar dulu sebab yang tadi dah basah dan berpeluh-peluh kan. Dia pakai baju Shabby sebab dia tak bawa baju. Nasib baik muat walaupun nampak kecil sikit dan perut dia pun tak buncit...hahaha.

Ni kali kedua aku naik kereta Naza dia dan dia bawa aku pergi makan kat kedai mamak yang selalu tapau makanan @ pergi makan. Hujan juga renyai-renyai masa kita oang sampai dan masa nak parkir tu dia kata susah sebab kereta besar dan susah sikit untuk dia parkir tu. 

Dia makan maggie goreng dengan teh 'o' panas dan aku pula makan nasi goreng Pattaya dengan teh tarik. Lepas dah order tu dia cakap tak payahlah minum teh tarik dan suruh aku minum jus sahaja dan bila nak tukar order, pekerja tu dah siapkan pun teh tarik aku. Dia cakap tak apalah.

Makanan dia sampai dulu dan dia sibuk suruh aku makan makanan dia dan aku ada lah rasa sikit. Macam biasa bila aku makan, mana pernah habis kan! Ada lagi separuh nasi goreng tu. Bila minum teh tarik tu aku rasa agak manis sikit dan Mr.A pun cuba rasa. Dia cakap manis dan aku tak payah minum teh tarik tu. Dia suruh tukar dengan air dia dan aku okey sahaja. 

Lepas tu dia ambil teh 'o' panas yang dia bagi aku tu dan tuang separuh dekat teh tarik dia. Aduh, dia ni kan! Lepas tu dia cakap, orderlah jus buah. Aku cakap nak orange juice. Bila dia order jadi, "Orange juice satu tak nak gula". Aku biarkan sahajalah dia yang order. Tak ada gula pun tak ada gulalah. Minum saja lah nanti tapi yang ini aku bungkus terus dan dia orderkan roti canai kosong dengan milo air untuk dua orang sepupu dia.

Hujan yang dah reda jadi lebat semula dan dalam perjalanan ke MRT, aku sebenarnya nak suruh dia berhenti kat tepi jalan untuk kita orang berborak sekejap tapi dah terlajak dan bila aku suruh dia berhenti kat tepi jalan, dia memang berhenti TAPI dekat pula dengan kawasan MRT tu. Lepas tu Mr.A suruh aku pakai lipstick dan aku baharu je keluarkan lipstick, sepupu dia pula dah nampak dan panggil dia. Kacau daun betul lah dia ni!!!

Sudahnya dia berhentikan kereta kawasan bawah MRT dan bagi makanan dekat sepupu dia. Lepas tu dia masuk semula dalam kereta dan bawa kereta jauh ke depan sedikit dan agak jauh daripada tempat dia orang kerja. Kita orang borak-borak dalam tu sebab dia nak buat kerja pun tak boleh sebab hujan dan memang kita orang duduk berborak sahaja. Bila dah reda, dia nak sambung kerja dan suruh aku booking grab (e-hailing). Susah juga nak dapat dan kalau ada pun agak mahal sikit. Lama juga tunggu dan akhirnya dapat juga dengan harga RM40, budak lelaki Melayu yang bawa.

Dia berhenti kat tempat mula-mula aku turun tengah hari tadi sedangkan kereta Mr.A kat dalam kawasan bawah MRT dan dia kena pusing dulu. Agaknya lama sangat dia tunggu atau dia tak yakin memang pelanggan tunggu dia kat situ, dia telefon aku dan aku cakap aku otw (masa tu dah nampak kereta biru dia). Lepas dah bye-bye dengan Mr.A aku terus naik e-hailing tu dan gerak balik dan Mr.A sambung kerja.

Aku bertolak balik pukul 6.40 lepas dapat e-hailing dan sampai rumah pukul 7.30 malam dan hujan masih berterusan.



TUNGGU MR.A BUAT KERJA SEMENTARA HUJAN DAH BERHENTI NI...





TENGAH PASANG PAGAR



KENAPA AKU RASA DIA SMART BILA TENGAH BUAT KERJA....HAHAHA! CINTA TU KAN BUTA!!!


WNE 9356 - NAZA PUTIH MR.A - KERETA KEDUA YANG DIA BAHARU BELI (2ND HAND) UNTUK KEMUDAHAN DIA PERGI BEKERJA

ADIK SEPUPU DIA, SHABBY KAT KERETA TU - MR.A KATA SHABBY BAHARU 3 TAHUN DI SINI




BOLEH PULA LETAK BOTOL AIR MINERAL DEKAT SITU....

TEMPAT DUDUK SEBELAH GUARD TU LAH YANG AKU DUDUK TADI - YANG KE ARAH KANAN

GUARD SAMA YANG BERTUGAS DARI AKU DATANG TADI DAN BERTUKAR SEKEJAP DENGAN GUARD LAIN TADI

YANG TENGAH JALAN TU RASHID, SEPUPU DIA YANG BAHARU DATANG SINI BULAN 7 HARI (MASA AKU NAK PILIH UNIT RUMAH KAT PJ & MR.A JEMPUT DIA DEKAT KLIA SAMPAI LAMBAT NAK HANTAR AKU) & YANG DUDUK TU ADIK DIA, SHABBY



MR.A DAH TUKAR BAJU DAN SELUAR DAN PUSING NAK AMBIL AKU

MASA NI MR.A KELUAR UNTUK BAGI MAKANAN DAN MINUMAN YANG DIA BELIKAN KAT SEPUPU DIA TADI

SEBELUM BALIK KITA BERGAMBAR DULU LAH...

TIBA-TIBA MR.A CAKAP DIA NAK PAKAI TOPI PULA





MR.A PAKAI BAJU SEPUPU DIA

BALIK DULU...

No comments: