Thursday 1 September 2022

27.8.2022 - STESEN MRT SIERRA 16 PUCHONG BERSAMA MR.A (BHGN 1)

Aku terjah tempat kerja Mr.A sebab ada isu dengan dia pagi tadi. Sebelum tu aku pergi kedai telefon dekat Pandan Kapital tu sebab nak tanya, boleh tak gambar yang dah terdelete dekat Recycle Bin tu diselamatkan? Dua kedai aku pergi tanya, jawapannya tetap sama = TAK BOLEH DAPAT BALIK. Sebelum tu aku ada mesej En.Zul tanya benda yang sama dan dia cakap cuba cari balik dekat folder yang kita simpan gambar tu tapi biasanya tak dapat balik pun!

Lepas tu aku naik opis kejap tapi dah hilang harapan sebab dah tanya kat kedai tadi kan. Semua salah Mr.A lah sebab dia yang pergi padam gambar dalam telefon aku tu! Dia punya berebut telefon aku pagi tadi tu, bukan main lagi!

Kebetulan Kak Tim datang opis sebab nak buat monumen untuk Sudut Kemerdekaan kita orang dan aku tanya dia ada kat opis ke. Mujurlah dia ada dan aku aku terus naik opis. Aku lupa kat ruang lobi ada program dan aku pakai t-shirt Melaka aku tu je sebab dah kelam kabut tadi padahal ada je blaus yang dah gosok. 

Aku telefon (12.41 tgh) Mr.A tanya dia kerja kat mana dan dia jawab kat MRT. Mujur juga dia pernah share location MRT tu tapi aku masih berkira-kira sama ada nak pergi sana atau tidak. Lepas tu aku pergi tandas dan lepas tu ambil air kat bilik mesyuarat di sebelah, tengok telefon ada miss video call daripada Mr.A (12.49 tgh) dan miss call pada 12.50 tgh. Dan aku tak jawablah panggilan dia tu kan! Lepas tu dia WA aku pada 12.50 tgh dan tulis, "___, call me" dan miss voice call lagi sekali pada 12.51 tgh. Pada pukul 12.53 tgh dia video call lagi sekali.

Aku tahu dia video call tu sebab nak tengok aku ada dekat mana sebab tadi aku dah tanya dia kerja kat mana kan! Aku bukanlah tak pandai, sama-sama pandai kan! Hahaha...dia tanya aku kat mana? Aku jawablah dekat opis (masa ni aku dah booking e-hailing dan tengah siap-siap nak ke sana). Dia tanya aku buat apa pergi opis? Aku jawab nak tolong akak kat opis buat Sudut Kemerdekaan. Dia nak tengok betul tak aku ada dekat opis sebab tu dia video call aku. Dia video call dalam 4.33 minit sahaja.

Ko tunggulah kejap lagi aku datang sana!!!

Orang e-hailing siap mesej aku tanya confirm ke nak pergi sana dan aku cakap 'yes'. Kena RM39 tapi aku letak harga RM35. Dalam perjalanan aku berfikir, buat apa aku gi sana kan! Bukan aku boleh dapatkan apa yang dah hilang tu kat nombor Mr.A dan percuma sahaja kalau aku pergi sana jumpa dia tapi aku dah otw ke sana kan. Tak kan nak suruh pemandu tu patah balik dan aku masih kena bayar harga yang sama kan! Bertolak pukul 1.03 petang.

Pukul 2 petang aku sampai sana, dan  pemandu India tu berhentikan aku betul-betul dekat depan orang buat kerja dan tanya boleh masuk dalam ke? Aku cakap tak apa lah berhentikan aku dekat sini sahaja dan aku nampak ada orang buat kerja tapi tak nampak dia lagi. Aku terus jalan diri di balik tiang (tanpa sedar ada yang memerhatikan aku ...hihi). Dari jauh aku nampak kereta Naza Mr.A dan memang sah dia ada dekat sini!

Aku sempat snap dua gambar pertama sebelum sedar ada pengawal keselamatan di hujung sana yang seang memerhatikan aku. Mesti dia fikir siapalah perempuan ni yang tiba-tiba datang sini sebab MRT ni belum siap lagi. Bila aku tengok dia pandang-pandang aku dan kebetulan aku ternampak tempat duduk tak jauh daripada meja 'guard' tu, aku terus berjalan ke sana dan 'guard' tu tenok saja aku.

Aku tak beritahu pun Mr.A aku dah sampai sana sebab dia tengah buat kerja kan. Aku tunggu petang  sikit nanti baharulah aku WA dia beritahu aku ada dekat sini. Masa yang ada aku habiskan dengan perhatikan dia orang buat kerja dan sambil tu cuba cari juga kelibat Mr.A. Kadang rasa macam yang aku nampak tu dia, kadang rasa macam bukan dia. Lepas tu aku tengok YouTube, internet dan hari kadang panas dan tiba-tiba redup.

Bila panas tu rasa bahang juga kat belakang aku. Lepas tu aku telefon Meen ( 2.26 ptg) dan cakap sekejap sahaja. Lepas tu aku telefon lagi pada 2.37 petang dan borak dekat 53 minit. Dia baharu balik kerja. Aku beritahu dia pasal kejadian pagi tadi dan kat mana aku berada sekarang. Bila dah rasa bahang sangat aku duduk kat kaki lima tak jauh dari tempat duduk aku yang asal.

Sambil borak tu dengan Meen tu aku nampak Mr.A buat kerja masa dia naik bukit kecil dekat tempat aku turun. Aku perhatikan betul-betul dan itu memang Mr.A! Aku tengok ada tak dia perasan perempuan bertudung kat sini (aku lah tu kan!) tapi dia tak pandang pun. Dia sibuk buat kerja kat atas bukit tu dan lepas tu dok pacak tiang-tiang. Aku tak adalah nak pergi dekat kan. Masa borak dengan Meen tu, cuaca berubah jadi redup dan mendung.

Tak lama lepas tu Meen cakap kat sana dah hujan dan mak dia tak bagi cakap dekat telefon. Perbualan kita orang pun ditamatkan selepas itu. Aku duduk balik dekat bangku tu dan tengok dia orang buat kerja, kereta keluar masuk, 'guard' yang bertugas kat sana untuk buka dan tutup kon sebab kereta tertentu sahaja yang boleh masuk (kereta pekerja yang terlibat) dan tengok keadaan sekeliling dan ambil gambar.


GAMBAR PERTAMA

GAMBAR KEDUA

GAMBAR DARI JAUH - KAT SEBELAH 'GUARD'




SWAFOTO LAH KAN, APA NAK TUNGGU LAGI...HEHEHE



LENGANG



AHAD LEPAS MR.A PERNAH HANTAR GAMBAR DIA BERLATAR BELAKANG KAN TEMPAT NI DEKAT AKU. RUPANYA MASA TU DIA GI KERJA SORANG-SORANG SEBAB LAGU DUA ORANG TU TAK NAK PERGI KERJA SEBAB TAK LARAT...TAK BOLEH BANGUN SEBAB DIA ORANG BANYAK KERJA DARI PAGI HINGGA KE PAGI ESOKNYA (KERJA YANG BERLAINAN)







NI AKU DUDUK KAT BAHAGIAN HUJUNG SEKALI DAN AKU SHARE LIVE LOCATION KAT WA MR.A TAPI DIA TAK BACA PUN - AKU SHARE UNTUK 15 MINIT SAHAJA

3.32 HINGGA 3.47 PETANG SAHAJA LIVE LOCATION TU, BILA TENGOK MR.A MASIH TAK BACA, AKU MISS CALL DIA PADA 3.45 PETANG


Lepas tu baharu dia tengok dan terus dia video call aku dua kali pada 3.45 petang tu. Aku reject dua-dua video call tu dan lepas tu dia telefon pula pada 3.46 petang dan aku tak jawab pun. Lepas tu aku mesej dia ayat ni, 'kt luar'. Aku pandang saja kat tempat dia buat kerja dan tak lama lepas tu dia dah nampak aku dan sambil minum air, dia angkat tangan kat aku.

Aku tunggu je dia datang dan bila dah dekat tu dia cakap, 'tak begitahu nak datang?' Aku jawab, 'tadi saya ada call kan tanya ___ kerja kat mana." Aku borak dengan dia pasal nombor kat telefon dia dan dia cakap, nanti dia tanya kawan dia siapa yang guna telefon dia hari tu. Aku tanya dia bagi ke kawan-kawan dia guna telefon dia dan dia cakap ada. Hamad ke kawan dia yang sorang lagi. 

Aku tanya lagi, macam mana nak tanya kat kawan dia sebab dia dah delete mesej tu. Aku cakap kenapa delete dekat telefon aku dan dia dah terdelete sekali kerja aku. Dia cakap dia tak tahu. Aku cakaplah, 'kan saya dah cakap, jangan delete. Biar saya yang delete. ___ pergi delete buat apa, sekarang kerja saya semua dah hilang. Nanti bos saya mintak macam mana?" Dia diam sahaja. Dia cakap, aku cakap banyak kali pun sekarang dia tak boleh buat apa pun. Aku cakap, 'yelah, sebab tu saya tak bagi delete pagi tadi sebab ada kerja saya. Habis sekarang kerja saya macam mana?" 

Dia ingat aku ada snap gambar dokumen dia. Nak buat apa aku simpan gambar dokumen dia dan dokumen apa yang dia ada untuk aku snap....


,




No comments: