Wednesday 28 September 2022

UB - DIABETES,CINCIN (UTK MR.A TENGOK),CEMBURU,TENDER,TANDA CINTA,KENANGA MALL,LUPAKAN REHAN,DAFTAR TAKLIMAT

10.9.2022 - DR.KLINIK KAD PINK YANG CADANGKAN UNTUK TURUNKAN PARAS GULA SEBAB DIA CAKAP KALAU AKU MENGANDUNG NANTI UBAT SEKRANG YANG AKU MAKAN NI , DAH TAK BOLEH AMBIL. TANYA DEKAT FARMASI RM115 UNTUK SEBULAN JE KOT


21.9.2022 - TEMANKAN KAK YAM PERGI TENGOK CINCIN, AKU SAJA SNAP SEBAB NAK TUNJUK KAT MR.A TAPI AKU TAK TUNJUK PUN SAMPAI SEKARANG SEBAB TAHU MESTI NANTI DIA CAKAP, "NANTI. LEPAS KAHWIN". ITU SAJALAH JAWAPAN DIA SETIAP KALI AKU SURUH DIA BELIKAN HADIAH HARI JADI.







MAK DATUK! MR.A PUN SPESIS CEMBURU JUGA NI!

TERBACA TAPI TAK TERASA SEBAB TAK BUAT PUN!

NAK TUNJUK DEKAT MR.A TAPI TAK TUNJUK PUN - HADIAH SEBAGAI TANDA CINTA

Hari tu pergi Kenanga Mall dengan Adik dan Mr.A beli baju aku tapi masa kemas tu beg tu aku tak perasana langsung yang satu baju aku penjual tu tak masukkan pun dalam beg. Bila aku nak ambil gambar baju-baju tu baharulah aku perasan sepasang baju aku tak ada.

Tak kan nak tunggu Mr.A datang sini baharu aku nak pergi sana lagi pun baju yang aku nak tinggal sepasang sahaja yang warna merah jambu. Sudahnya aku ajak Kak Yam temankan aku. Kita orang pergi nak grab masa waktu rehat.




Sampai sana orang lain pula yang jaga. Bila cakap pasal baju tu dia pun tengok rekod dalam buku memang ada rekod baju yang aku beli. Dia telefon perempuan Cina yang jaga kedai hari tu tapi tak berangkat dan lepas tu dia telefon pula bos dia. Bos dia boleh cakap bagi sajalah sebab tak tahu mana satu yang betul. Eh, ingat aku nak menipu ke sebab nak baju percuma! Toong sikit eh! Dalam buku kau tu ada bukti tarikh aku datang dengan 3 helai baju yang aku beli dari kedai ko!

Tapi warna baju yang aku nak tu dah tak ada! Patutnya bila ada pelanggan tertinggal barang @ terlupa nak ambil, korang kena simpan sampai pelanggan tu datang balik! Bukan kau pergi jual dekat orang lain. Memang dah tak ada warna merah jambu. Sudahnya aku ambil warna oren sebab nak cari baju yang lain memang tak ada yang aku berkenan dah. Oren pun oren lah sebab bila dah pakai nampak cantik juga. Kak Yam pun kata cantin berbanding warna biru yang aku cuba masa kat sana.

Yang jaga kedai tu pun cakap, CIna rempuan tu selalu lupa. Aduh, dah lah warna tu yang aku berkenan! Lepas tu pergi cari pin tudung (alang-alang dah sampai kan!) dan masa aku tengok tudung, Kak Yam pergi tengok baju kat kedai sebelah. Aku terjebak beli baju tido sehelai dan disebabkan aku beli yang 'display' sebab dia tak pergi ambil stok dekat stor, jadinya aku minta kurang. Patutnya sehelai R25 beli 2 jadi RM45 kot tapi baju aku dia kira RM20 sahaja.

TIBA-TIBA NAMA REHAT JADI POPULAR DEKAT TIKTOK...HAHAHA. KAT OPIS SIBUK CAKAP PASAL LAGU NI!

28.9.2022 -  BAJU BAHARU UNTUK PENDAFTARAN TAKLIMAT KONTRAKTOR...HEHEHE



28.9.2022 - BAJU BAHARU SEBAB ADA TAKLIMAT









DUO TERBAIK - AKU DAN KAK YAM

28.9.2022 - TEMAN KAK YAM LAGI PERGI TENGOK CINCIN, AKU SAJA CUBA-CUBA