Sunday 2 August 2020

SWAFOTO (KAUNTER PENDAFTARAN & OPIS) - BHGN 1







Sejak PKP, PKPB dan PKPP ni tiada taklimat yang diadakan bagi semua kerja perolehan tender atau sebut harga. Jadinya aku dan Kak Yam kena bertugas di Galeri (Bilik UB) sepanjang tempoh iklan. Pada awalnya kita orang tak buat pun masa pendaftaran dan ada yang pukul 8.05 pagi dah telefon beritahu nak daftar walhal kita orang sibuk buat kerja kat atas (Tingkat 16). Lama juga macam tu sampai satu masa aku cakap dengan Kak Yam, kita kena tulis waktu pendaftaran, tidaklah kita kelam-kabut. 

Waktu petang pun sama, lepas sahaja waktu rehat yang bertugas di Kaunter Khidmat Pelanggan di lobi akan telefon. Kita orang ni  nak ke Giant (K. Yam) dan aku (layan rancangan Korea) dan nak solat lagi. Itu belum masuk kalau ada mesyuarat dah sibuk nak 'prepare' untuk mesyuarat pula lepas tu nak buat minit mesyuarat lagi dan kerja lain...nak audit itulah audit inilah...Star Rating, 5S, Aset, KIK...bla...bla...bla...


KADANG ADA YANG DATANG (BERDUYUN-DUYUN) DAN KADANG TAK ADA LANGSUNG

HAHAHA KITA SWAFOTO  LAH































No comments: