Thursday 27 August 2020

PERHIMPUNAN BULANAN JUU - 19.8.2020 - SELEPAS PKPP

Perhimpunan bulanan yang pertama selepas PKP, PKPB dan PKPP anjuran Jabatan Undang-Undang dan kali ni diadakan di padang berhadapan dengan Menara MPAJ. Rupa-rupanya sebelum aku bekerja di sini, dia orang pernah adakan perhimpunan bulanan di padang. Kemudian ditukar ke Galeri dan seterusnya ke Auditorium untuk memberi keselesaan kepada kakitangan.

NI GAMBAR PETANG SEBELUMNYA - SENANG DAH TAHU KAT MANA KEDUDUKAN BUB KAN!


BOS BERSWAFOTO DENGAN AKU  - LAGI PUN HANYA KITA ORANG  JE WAKIL BUB YANG DAH TURUN...HAHAHA
Nasib baik kedudukan kita orang dekat jugalah dengan pentas utama bolehlah aku rakam sedikit








Beberapa bulan kebelakangan ini memang dah terdengar desas-desus bahawa Dato' YDP akan ditukarkan ke PBT lain tapi khabar angin tu senyap dibawa angir sepoi-sepoi bahasa. Pada perhimpunan kali ni, Dato' sendiri yang mengumumkan sekiranya ini perhimpunan bulanan terakhir beliau di sini dan bercerita sedikit berapa lama dah bertugas disni sejak menjadi Setiausaha lagi.

Tapi yang peliknya dan bertebaran tentang pertukaran Dato' ke Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dan Tuan YDP MPS yang akan ke sini menggantikan Dato'....surat pertukaran tak dapat-dapat lagi. Macam mana tu? Kalau boleh tak jadilah tukar kan sebab beliau disenangi ramai dan boleh dikatakan pemimpin yang ada karisma (kalau tak, tak kan memang Anugerah Manager of The Year kat Perancis dulu kan!) dan tidak 'mengganggu' staff.

Lagipun aku dan makin selesa berurusan dengan beliau semasa Mesyuarat JK Tender dan Sebut Harga bila mana nak minta tandatangan tu kan. Kalau dulu memang seram sejuk badan aku kalau nak minta tandatangan Dato' YDP (Sebelum jadi Dato' pun sama), Tuan Setiausaha dan Pengarah-Pengarah Jabatan / Bahagian.

Ingat lagi masa aku di Jabatan Perancang Bandar, aku kena jaga Caj Pemajuan dan akan ada mesyuarat bersama YDP, S/U dan Pengarah / Ketua Bahagian. Setahun paling banyak tiga kali saja pun! Aku dengan Puan Rohana (dah pencen pilihan pun pada 31 Ogos 2020) saja yang menguruskan Tabung Caj Pemajuan yang melibatkan duit berjuta-juta yang dikenakan bila ada perubahan tertentu dalam Kebenaran Merancang (KM). Tak ada TA @ Pen. Pegawai pun! Aku siapkan apa yang patut dalam sebelum mesyuarat tu dan tak masuk dalam mesyuarat tu pun! Seram kot!

Sekarang okey je siap boleh catwalk lagi dengan Kak Yam masa mesyuarat. Alah bisa tegal biasa kata orang! Kadang-kadang seronok dengar orang have-have ni berborak pasal politik, aduan rakyat dan sebagainya. 









ADIOS DATO'!!!



BERGAMBAR DENGAN GENG BUB PULA WALAUPUN TAK CUKUP KORUM




USAI ACARA


KENA JAGA KAUNTER PENDAFTARAN PULA KAT GALERI

KEBETULAN KAK YAM DEMAM DAN MC - AKU SEORANG SAHAJALAH HARI NI (TAK ADA GENG BORAK)







BELI COLEK MANGGA DENGAN KAWAN KAK RIN - RM10 SEBEKAS (PROMOSI RM15 2X)


NI BELI BUAH DENGAN KAK NOLI PULA

MERAH - RANUM STRAWBERINYA

NAK CUBA JER!


MAHAL JUGA YER - RM10 2 BIJI

ANGGUR

BESAR-BESAR BUAH ANGGURNYA

KAK NOLI PUN TAK TAHU BUAH APA - PEMBORONG TU BAGI RASA - SEDAP JUGA SEBAB RASA BERLEMAK






Ni gambar rasmi daripada jurukamera MPAJ

BOS JUU SEDANG BERUCAP

DARI KANAN: KARIM (WAKIL MBJ), EN.JO, DATO' YDP, TUAN S/U & EN.KHAIRIL (PENGERUSI KESUKE) 






BEKAS BOS AKU, PN. ZU YANG BERTUDUNG MERAH & BEKAS PEGAWAI ATASAN AKU DI JPB, AZZA DI SEBELAHNYA

NAMPAKLAH JUGA AKU WALAUPU BLUR SIKIT 

NI SEBENARNYA GAMBAR BERDUA TAPI AKU NAK GAMBAR DATO' SAHAJA...HAHAHAHA

TUAN S/U DAN PN. ROHANA (SEBELUM BERSARA)

No comments: