Friday 14 August 2020

PENDAFTARAN IKLAN (JULAI & OGOS 2020) & MESYUARAT TENDER (JULAI 2020)

Iklan untuk JPB dan kita orang terpaksa minta tolong staff JPB yang jaga kaunter sebab kita orang terlibat dengan Mesyuarat Tender yang melibatkan kerja-kerja MARRIS yang sangat banyak.

Jam dah mati pula!!!


Keadaan bila mana nak hantar dokumen tender @ sebut harga

En.Zul bagi kat aku gambar ni - ni gambar-gambar daripada jurukamera rasmi MPAJ


Nampak tak penuh dengan dokumen - kita orang buat kerja sampai sakit-sakit belakang. Sudah lah satu kerja perolehan tu beratus syarikat yang hantar dan aku dengan Kak Yam yang scan dokumen tersebut (Aku scan dan semak harga & Kak Yam susun dan numbering kan dokumen) boleh pula di hujung kerja tender u tak boleh pula nak guna scanner. Kena baca kod bar satu per satu.

Pengsan! Berpinau mata kita orang sebab Kak Yam tukang baca nombor dan aku taip dalam sistem. Aku ni dah lah ada masalah mata kan! Buat juga lah. Hari-hari kita orang datang walaupun nama tak ada dalam jadual penggiliran bertugas sebab nak siapkan benda ni dengan segera.
Bila tengah jaga kaunter, tiba-tiba lampu terpadam dan gelap-gelita seluruh Galeri MPAJ tu tapi sekejap saja lah!



Proses buka peti dan aku ambil gambar untuk rekod kita orang sahaja.

******************************************************************************
 
29.7.2020
Banyak kan dokumen yang kena susun, angkat, bawa ke bilik mesyuarat, susun balik dan lepas mesyuarat kena angkat balik letak atas troli dan bawa semula ke BUB.




Baju baharu untuk mesyuarat....kelas gitu!!!




Penuh kita orang letak dokumen sampaikan tempat yang selalu letak makanan pun kita orang letak dokumen.








9.7.2020

Kali pertama aku masuk mesyuarat yang mana aku kena jaga slide presentation. Gementar rasanya sebab takut tiba-tiba ada masalah teknikal yang tak diingini berlaku. Alhamdulillah berjaya walaupun tadi Dato' tiba-tiba nak tengok Google Maps (sebab fail jabatan berkaitan & slide presentation tak ada slide!), bos aku datang tolong. Aku dah berjaya buka cuma nak zoom tak boleh. Mujur bila bos aku nak buat pun tak boleh. Tak adalah nampak macam aku ni tak pandai guna komputer kan!


Sebab aku kena slide, jadinya aku pakai blazer! Hahaha. Aku dan Kak Yam sahaja yang masuk mesyuarat sebab En.Zul ada mesyuarat MBJ katanya.









No comments: