Thursday 20 August 2020

KIK 2020 - INGATKAN COVID-19 DAH TAK ADA!! - 17 & 18.8.2020 (BHGN 1)

Macam tajuk kat atas tu lah! Ingat dah tak ada untuk tahun ni sebab Covid-19, eh ada pula! Kita orang dah lah tak ramai dengan banyak iklan untuk kerja perolehan ditambah pula nak buat KIK ni...

Nak kejar KPI jabatan berkaitan kot sebab tu kena buat juga. Bos pula wajibkan semua staff UB masuk KIK. Kali terakhir aku masuk KIK ni ialah pada tahun 2012 masa aku kat JPB. Masa tu aku dengan Kak Hawa, Kak Hani, Abg Acad, Abg Bahari, Abg Mie dan siapa lagi tak ingat dah. 

Ni nota masa kursus bulan Januari hari tu








Lepas tu kena pula buat dokumentasi untuk tajuk yang kita orang pilih dan bos dah bahagikan tugas masing-masing. Orang ni buat Bab 1-3, orang tu buat bab lain pula dan aku, Wani serta Kak Yam kena buat Bab 5 dan 6. Tak sempat nak buat sebab bukan tahu sangat nak buat benda-benda macam ni tapi aku buat jugalah masa jaga kaunter pendaftaran di Galeri dan ikut contoh yan bos bagi dan aku ubah mana yang patut. Itupun buat saat-saat akhir.












Rehearsal sehari sebelum hari pertandingan sebab semuanya sebab last minute. Dengan kerja hakiki masing-masing lagi macam mana nak kumpulkan semua orang dalam masa yang sama.


NOMBOR GILIRAN KITA ORANG - QS TEAM


LAST MINUTE JUGA BOS SOH BERLAKON SIKIT, SIAP BUAT DIALOG LAGI...HUHUHU

WALAUPUN TAK BANYAK KENA JUGA BERLAKON

WANI (DUDUK) DAN SYAHIRAH (TA BAHARU UB)





NI AKU BUAT DAN ADA TAMBAH BAIK DARIPADA BOS. OKEYLAH SEBAB AKU BUAT SENDIRI KAN SEBAB K.YAM SIBUK DENGAN KERJA LAIN DAN WANI PUN SAMA JUGA. KALAU AKU PUN TAK BUAT NANTI KENA MARAH...HAHAHA











Rupa-rupanya ada Bahagian yang tak masuk pun sebab dia orang bagi alasan yang nak buat _____________. Boleh pula tak masuk KIK, kita orang yang berapa kerat ni kena masuk juga. Nak tak nak kenalah masuk sebab 'kami yang menurut perintah' kan. Kenalah menjalan tugas yang diarahkan dari masa ke masa.

Macam tak cukup tanah jugalah masing-masing yang sibuk buat untuk KIK tu (bukan semua pun!). Nak kumpulkan untuk rehearsal pun payah...hahaha. Jadinya kita orang masuk untuk kalah bukan ntuk menang pun! Kalau menang nanti kena jadi wakil MPAK untuk pertandingan yang lain pula. Lagi banyak kerja yang nak kena buat dan banyak penambah baikan yang perlu dilakukan. Kalau tidak buat malu Majlis sahaja! 

Tambahan pula, tajuk yang kita orang pilih ni bukanlah tajuk yang baharu sebab dah ada pun sebenarnya tapi bila tiap-tiap tahun ko kena masuk KIK ni, otak pun dah jadi tepu nak buat tajuk apa. Patutnya buatlah 3 tahun sekali.

No comments: