Friday 14 August 2020

BUB - AUDIT 5S,JAM TANGAN,MASK EXTENDER,NASI AMBENG, BUKA PETI,URUS SETIA

Audit 5S - Kak Yam selaku ketua Zon Bee BUB. Sebenarnya ni dah kali ke-3 kita orang tangguhkan audit ni disebabkan kekangan masa. Kita orang kan Unit Urus Setia yang tak berhenti bekerja kerana ada sahaja iklan baharu yang masuk.

Bila ada iklan, maknya rutin kerja akan berulang kembali dengan nak masukkan iklan dalam 3 laman sesawang (kerja aku), buat borang kehadiran (Aku @ Kak Yam), jaga kaunter (kita orang juga) sepanjang tempoh iklan tersebut, tutup peti  - nak kunci mulut peti tu dan lepas tu buka peti pula (kita orang juga). Usai itu masa buka peti kita orang kena scan dokumen tersebut dan semak harga (ni sebenarnya kerja Pembuka Peti tapi selalunya akan jadi lebih lewat makanya kita oang yang buat).

Lepas dah selesai kena numbering kat setiap dokumen, kalau banyak dokumen jadi banyaklah yang kita orang kena tulis dan uruskan Borang Tutup Peti dan e-mel kepada semua TA di BUB. Tak lama lepas tu mesti akan ada mesyuarat punya. Kena buat persiapan sebelum, semasa dan selepas pula.

Tak habis di situ, dalam mesyuarat kalau kita orang yang masuk, kena ambil minit, minta tandatangan mereka yang terlibat di Borang Keputusan pula. Kalau banyak agendanya banyaklah kerja kita orang. Memo pemulangan dokumen lepas mesyuarat perlu disegerakan untuk tindakan jabatan/bahagian yang terlibat pula untuk keluarkan surat tawaran dan lain-lain prosedur. Kena buat minit mesyuarat pula. 

13.7.2020 


Bilik fail - tak lama lagi bilik fail ni pun tak ada sebab nak buat ubah suai di BUB

Check laci Kak Yam







13.8.2020 - Kebetulan kita orang pakai baju warna sedondon. Ni aku baharu aku. Mulanya tak adalah nak ambil gambar tapi bila dah beberapa orang dok cakap pasal baju kita orang, dan kebetulan ada Kak Yus (dia pun cakap pasal baju kita orang). Kita oang minta dia tolong ambilkan gambar...hahaha






13.7.2020 - Beli jam tangan jenama Coach dengan Kak Lili Marlina (bekas staff sambilan MPAJ)


Beg jenama Fossil ni bukan aku yang...tolong ambik dah serahkan kepada pembelinya sahaja

Kak Yam pun beli jam yang sama dengan aku - sama jenama dan sama corak dan reka bentuk

5.8.2020 - Dah sampai pun mask extender yang aku order dengan Kak Eisha

Hari tu dah beli warna biru dan coklat dengan Kak Faizah BS dan tambah lagi 6 warna...wah, seronoknya!!!

12.8.2020 - Beli tudung merdeka dengan Farahana PS



14.8.2020 - Bos belanja Nasi Ambeng, jiran bos yang jual dan kali pertama aku makan Nasi Ambeng

14.8.2020 - Sesi buka peti dan disebabkan ada audit, pembuka peti kena scan, semak harga dan numbering semua dokumen sendiri (kita orang sebagai urus setia hanya sebagai pemerhati dan tolong bila dia orag memerlukan bantuan sahaja)


Gambar ni untuk rekod aku dan unit kita orang

Walaupun selalu aku yang scan dokumen, aku minta En.Zul yang ajar dia orang...hehehe

No comments: