D-DAY
![]() |
NI PUN BUAT PETANG SEMALAM |
Kira okeylah aku tak rasa seram sejuk seperti zaman dahulu kala bila bab-bab berdepan dengan orang ramai ni. Aku rasa ini semua gara-gara lakonan sebagai jin dalam teater Antabrata pada 2017 sempena Perhimpunan Bulanan anjuran Jabatan Perancang Bandar. Cumanya berlakon tak pandang muka panel! Lepas selesai Babak 1 tu habislah 'seksaan' kita orang sebab yang akan bentangkan ialah Ain dan Syira. En.Zul tak ada sebab dia ada periksa untuk pengesahan jawatan. Kalau tidak memang En.Zul lah yang akan bentangkan sebab dia pandai 'goreng'.
Lepas tu kena komen baik punya dengan panel terutamanya ahli panel perempuan...hahaha. Kita orag gunakan sisem yang dibuat sendiri dan tidak gunakan vendor, jadinya banyaklah yang perlu ditambah baik. Lagi pula, En.Zul belum gunakan lagi sistem tersebut, nak tengok keberkesanannya tu memanglah susah kan. Sistem Kesukaran Pemilihan AJK Pembuka Peti sebab selalunya panggil orang yang sama.
Ada juga panggil orang lain tapi orang lain, si A yang ganti ialah si C dan bila panggil lagi orang lain (Si B) tetap si C yang turun. Jadinya memang orang yang samalah yang akan turun untuk membuka peti tersebut.
![]() |
GAMBAR POSTER KITA ORANG YANG DIBUAT OLEH BOS...HUHU |
![]() |
Lepas nak selesai ber KIK kena jaga kaunter plak.
Ni gambar daripada jurukamera Majlis tapi sayangnya gambar berkumpulan tak ada sebab dia orang pun macam tak nak ambil gambar kumpulan saja. Malaslah nak cakap kan. Patutnya sebelum mula sesi pembentangan lagi kita orang dah ambil gambar kumpulan sebab semua ada. Ini dah selesai dan balik opis baharu bos ak suruh ambil gambar ramai-ramai. Ada yang tak masuk opis dah sebab nak ambik anak sekolah dll.
Eh, tunggu petang pula dari kul 2.30 ke pukul 3.00 petang. Lepas tu bos pula ada mesyuarat dan lepas aku solat Asar, tengok bos dah ada kat lif sebab nak ambil anak dia dari sekolah. Makanya TIADALAH gambar berkumpulan kita orang untuk KIK 2020!!! Jabatan lain semua sibuk bergambar dan muat naik kat status kat WhatsApp. Sayang 1000 kali sayang!
![]() |
AKU TERLINDUNG DI HUJUNG SANA DAN NAMPAK TUDUNGNYA SAHAJA....HAHAHAHA |
![]() |
SESI PENUTUP |