17.7.2018
Makan nasi tapaw...Kak Tika yang tanya siapa nak makan sebab kalau lebih RM20 dia orang boleh hantarkan.
AKU BELI NASI AYAM GORENG KUNYIT RM5 - SEDAP!! |
18.7.2018
Makan di Dol Jabit bersama bekas pelajar praktikal (Ipin, Awal, Nasya dan Nad) serta Abg Kerol. Aku dengan Abg Kerol tumpang kereta Kak Ina. Abg Acad naik motor dan. Azza tumpangkan Kak Tika dan CC. Pn.Rohana pun nak join makan dengan kita orang tapi terpaksa pergi mesyuarat pula dan masa kita orang sampai memang langsung tak ada tempat duduk.
Seorang duduk sana...Abg Kerol duduk kat meja staff MPAJ yang lain (kebetulan makan kat situ juga) dan kita orang dapatlah duduk kat satu meja yang dibuka untuk kita orang. Ada satu grup pekerja TNB, dah makan tapi tak nak bangun dan berborak walhal kita orang berdiri kat sebelah dia orang saja tadi. Lepas kita orang dah makan pun masih duduk berborak.
Nad dan Nasya tak sampai lagi...kita orang dah habis makan baharu nampak batang hidung budak berdua ni. Si Nasya kat dia tunggu Nad lama tak keluar rumah lagi. Yang Nad kata lima minit sahaja...jadinyatemanlah dia orang makan sebelum gerak balik ke opis.
Dia orang pun ikut balik opis juga sebab Nasya dan Nad nak dapatkan tandatangan daripada Pegawai (nak mohon kerja). Terima kasih Pn.Rohana sebab belanja kita orang.
AKU KAT BALIK TIANG JADI SEMUA GAMBAR AKU MACAM NAMPAK TAK NAMPAK SAHAJA...YANG PAKAI TUDUNG MERAH JAMBU (PINK) TU |
20.7.2018
NASI BERINGIN BANGSAR pula sebab Kak Tika juga yang tanya kita orang pernah makan tak. Jawapannya memang tak pernah lah kan! Katanya itu menu orang Johor tapi kak Gee dan CC yang orang Johor pun tak pernah dengar. Macam mana tu?
Kita orang 'order' juga sebab nak rasa. Sudahnya hari Jumaat tu kita orang hanya makan kuih koci yang dibawa oleh Along (pemandu JPB) sahaja sementara nak menantikan nasi sampai. Kak Tika pula memang masuk lewat sebab dia ke sekolah anak dia dahulu. Dalam pukul 11 lebih sampailah nasi tu dah semunya dah kelaparan. RM6, nasi yang ada ayam goreng macam yang aku beli ni. Kuahnya menag sedap sebab ada rasa manis-manis sikit.
Terima kasih Kak Tika sebab tolong belikan sebab dah muak nak makan makanan kat Kafetaria Tingkat 5 tu sebabnya menu tak pernah berubah. Dan menu aku pun tak berubah bila beli kat situ iaitu nasi goreng letak telur mata yang dibuat sambal macam tak berapa nak sambal.
MAKAN SAMBIL LAYAN RANCANGAN 'ONE NIGHT SLEEPOVER TRIP' (VIETNAM) - RANCANGAN KOREA LAH! |
No comments:
Post a Comment