Monday 2 July 2018

BANGI SENTRAL - 2.7.2018 (BHGN 1)

Semalam nak pergi Bangi Sentral ni tak kesampaian sebab dah lewat petang dan ditambah pula dengan sesat jalan, asyik pusing jalan yang sama sahaja. Jadi hari ni dapatlah pergi dan alhamdulillah sampai juga ke sini walaupun dah lepas raya kan!

TAK MASUK PUN BUKAN ADA SAIZ AKU KAT SINI!

ADA TA KAT JPB YANG PAKAI TUDUNG SUGARSCARF

Persinggahan pertama ialah di Hijriah Home. Jujurnya kita orang rasa segan nak masuk sebab tempat-tempat ni macam eksklusif sangat. Nak tengok-tengok pun rasa segan tapi bila masuk staff dia sangat peramah (friendly) dan minta cari macam-mcam saiz pun muka senyum saja.



Sementara kita orang tengok-tengok baju kat sini, aku suruh Nurul ambil gambar Nuha dan baju-baju kat sini....



AGAK BESAR SEDIKIT AKU PAKAI SAIZ NI..YANG KECIL SEDIKIT PULA TAK ADA STOK. AMBIL GAMBAR SAJA LAH.



CANTIK TAPI TAK KENA GAYA KALAU AKU YANG PAKAI KOT. WARNA TU DAH CANTIK :p
















STAFF HIJRIAH HOME ALBIM GAMBAR KITA ORANG...RUPANYA LEPAS TU MASUK KAT IG HIJRIAH HOME. AKU AKU YANG CAKAP SEBAB AKU TAK ADA IG PUN!
PEMBELIAN RM300 DAN KE ATAS DAPAT KAD KEAHLIAN PERCUMA! AKU BELI DUA HELAI BAJU MAKANYA AKULAH YANG DAPAT KAD NI!


Lepas tu ke Hijab Galeria pula cari tudung Adik. Kat sini ada jual tudung bawal bidang 60' yang Adik nak cari. Lama jugalah kat sini sebab nak padankan dengan blaus yang dia bawa dari rumah. Kebanyakkan blaus dia daripada kain kosong dan kena cari tudung bercorak baharulah cantik kan!




















Lawa tapi kainnya yang agak licin tak sesuai dengan aku sebab aku tak berapa reti nak pakai. Yang ada kat rumah tu pun hanya sekali dua sahaja yang aku pakai (bukan jenama ni)

No comments: