Sunday 29 July 2018

KARNIVAL KEUSAHAWANAN 2018 DI SMKDL - 29.7.2018 (BHGN 1)

Aku dapat tahu daripada Syakirah yang Adik aku ajar tuisyen. Memang dah lama tak pergi bekas sekolah aku dan Adik dulu sementelahan ramai cikgu yang pernah ajar aku dahulu 'tiada' lagi di situ. Ada yang dah bertukar ke sekolah lain dan ramai juga yang dah bersara seperti Pn.Ong, Pn. Normah, Pn. Maria Bee dan En.Valusamy.

Aku pergi dengan Adik dan Nurul dan bila sampai tu memang riuh-rendah, gegak-gempita, ingat-bingar semuanya adalah. Masing-masing buat promosi tentang gerai dan jualan mereka. Lepas dah beli kupon, kita orang dah pusing tengok gerai dan menu jualan dan lepas tu tak tahun nak beli apa! Banyak sangat makanan kan!

Sudahnya beli nasi tomato kat gerai Syakirah (Aku dan Adik & Nurul). Lepas tu nak tengok gerai mainan, terjumpa pula dengan Cikgu Maheran dan kita orang pergilah tegur kan! Rupanya Cikgu Maheran dah nak balik...kita orang pula baharu sampai. Akhirnya jumpa juga sebab sebelum ni Cikgu Maheran adalah ajak jumpa kan!

Lepas tu nampak pula Pn. Zainorraini dan anak-anak cuma nampak cikgu macam nak cepat sahaja, jadinya tak berkesempatan nak tegur. Nampak juga Cikgu Ng Sook Wai (tak pernah ajar aku tapi aku kenal) dan Cikgu Zul (guru BM yang pernah jadi cikgu penasihat Persatuan Bahasa Melayu masa aku jadi bidan terjun sebagai Pengerusi!)

Adik pun adalah juga jumpa dengan cikgu dan ustazah yang pernah ajar dia juga. Lepas tu terserempak pula dengan Surata (Sue), kawan Adik. Dia generasi yang baharu tinggalkan sekolah tak macam aku yang dah 14 tahun tinggalkan alam persekolahan. Jumpa juga dengan Kak Long dan famili sebab anak buah aku Rusydi bersekolah di situ tapi kita orang tak jumpa pun dia!!! Gerai dia yang mana satu pun tak tahu sebab ingat nak lah membeli di gerai dia, nak sokong anak buah sendiri kan!





BERGAMBAR DENGAN CIKGU MAHERAN
 

KENANGAN. INGAT LAGI KITA ORANG PERNAH BERGAMBAR DISINI MASA HUJUNG TAHUN 2004 (TING. U6A)
 

PHOTO BOOTH...TAK TAHU KENA BAYAR BERAPA
TINGKAT ATAS TU KELAS DI BLOK SATU LAGI KELAS AKU MASA TINGKATAN 4SC3
DALAM PERPUSTAKAAN PUN ADA PERMAINAN JUGA. DULU NAK MASUK SINI TAK BOLEH SEMBARANGAN SEBAB CIKGU SHAN SEORANG YANG....TAK GARANG TAPI NAK CAKAP MACAM MANA YER? TEGAS KOT...YA BELIAU SEORANG YANG TEGAS
MASA KITA ORANG TINGKATAN 6 BAHARU ADA KELONGGARAN TENTANG WAKTU YANG DIBOLEHKAN BERAPA DALAM 'LIBRARY' (SELALU MEMANG PANGGIL LIBRARY SAJA PUN) NI
 
TEMPAT LETAK BEG YANG MASIH TIDAK BERUBAH
MARKETING MEMANG MENARIK

ADA JUGA...INGAT KAT MPAJ SAJA ADA I LOVE AMPANG
 






BILIK GERAKAN YANG DAHULUNYA MERUPAKAN RUMAH GURU
 


No comments: