BUKAN
SEMPURNA
WAJAH ITU
BUKAN SEMPURNA YANG AKU DAMBA
BIAR REDUP MATA
MEMANDANG
SELAYAKNYA BUAT
DIRIKU
HATI ITU
BUKAN HENDAKNYA
SEPENUH JIWA BUATKU
SEKADAR SECEBIS
KASIH YANG AKU PINTA
TEMPAT MENUMPANG
KASIH
MENGADU SUKA
MAHUPUN DUKA
PEKERTI ITU
BUKAN SEMAKSUM NABI
MUHAMMAD MOLEKNYA
KERANA HANYA DIA
KEKASIH-NYA
MENGHORMATI YANG
LEBIH BERUSIA
JUJUR, IKHLAS DAN
SETIA
SEBAGAI NAKHODA
MELAYARI BAHTERA
KUNCI KELUARGA
BAHAGIA
IMAN ITU
CUKUP SETEGUH MANA
YANG DIA MAMPU
HARAPAN UNTUKKU DAN
BAKAL TANDA CINTA KAMI
PENUNJUK ARAH
KE JALAN YANG BENAR
DIREDHAI ALLAH
JODOH ITU
KETENTUAN ILLAHI
AKAN KUTEMUI SUATU
HARI NANTI
OLEH: Nur Ashiela
Abdul Manaf
Taman Paya Rumput
Indah, Melaka
No comments:
Post a Comment