Friday 27 July 2018

JAMUAN RAYA JABATAN KEJURUTERAAN, PPH & PELESENAN

Dapat jemputan jamuan raya dari beberapa jabatan pada tahun ni. Mula-mula Jabatan Kejuruteraan pada 10.7.2018 (Selasa) di tingkat 11 (selalu buat dia tingkat 5 ruang legar Auditorium). Jabatan Kejuruteraan ni ada di tingkat 5 (bahagian cerun) dan tingkat 11.

Kita orang antara orang yang terawal datang jadi tak perlu nak berebut makanan. Ada lemang, sate, nasi minyak, bihun sup, kuih-muih dan aiskrim kon. Tapi yang ditunggu-tunggu tak datang juga puas lah kita orang tunggu.

Aku yang datang dengan Kak Tika, CC dan Syafiq (pelajar praktikal) tak gerak-gerak dari meja sampailah Kak Tika dan balik JPB, tinggal aku dengan Syafiq ditambah pula dengan Kak Ina Norizan, Abg Mie, Kak Nurul dan Abg Acad yang ditunggu masih tak kunjung tiba.

Hahaha...kita orang dok tunggu buah durian sebab jamuan kat sini biasanya ada durian, rupanya durian dalam perjalanan dari Raub. Bila dah sampai memang berbutlah nak makan durian Musang King dan rupanya ada buah manggis juga.




KAKI MAKAN AISKRIM

MERASALAH MAKAN DURIAN



Ada juga yang tak join sebab kena pergi kursus iaitu Pegawai Unit Maklumat merangkap pegawai aku, Pn. Huraizah @ Azza.




Hari Jumaat (13.7.2018), hari terakhir kita sambut Syawal, Jabatan PPH dan Pelesenan pula buat jamuan raya. Pada mulanya yang jemput kita orang cuma PPH.

TAPAU KEK 'SECRET RECIPE' DAN AIR TIN
Aku makan laksa Johor (masa jamuan sendiri tak dapat makan..hahaha), sate dua cucuk dan rasa nasi minyak Kak Zeti sikit dengan minum air oren. Eh. lupa ada makan buah anggur empat lima biji sebab Kak Atikah tak nak. Dia nak makan buah mata kucing sahaja.

Lepas tu CC ajak pergi jamuan ke Lesen sebab dia orang dah jemput. Mulanya segan sebab...ye lah....






CC DAN GRUP CC




ADA 'PHOTO BOOTH' JUGA



Kita orang pergilah juga jamuan kat lesen dan itulah kali pertama dapat tengok dalaman jabatan tu dengan jelas. Seingat aku yang kerja lebih lapan tahun kat sini, hanya sekali aku pernah masuk kat jabatan ini dan itupun sebab nak hantar surat berkaitan Tadika British Montessori yang ada isu yang tak berkesudahan masa tu. Lepas hantar surat terus balik, tak adalah nak duduk, lepas kat situ. Masa tu tak ada geng kat situ pun, kali ni ada suami Kak Zeti. Kuranglah sikit segan tu.

ADA AIR LONGCHAN...AKU TAK TAHU. HANYA ORANG-ORANG LAMA YANG TAHU DAN RASA TERJUA BILA ADA AIR NI. YANG AKU AMBIL NI PERASA AISKRIM SODA. YANG WARNA HIJAU TU RASANYA MACAM UBAT SEDIKIT KATANYA. LEPAS DENGAR TERUS AKU DAN KAK HAWA TUKAR. KAK HAWA AMBIL PERASA SARSI...
SUMBER DARI INTERNET YER...
NI DAPAT SEBELUM KITA ORANG KE KEDUA-DUA JAMUAN TU...ABG NAZRI BAGI KAT KA ZETI DAN KAK ZETI BAGI AKU RASA. TERIMA KASIH KAK ZETI!!!



ADIK HANTAR GAMBAR NI..RUPANYA DIA TERSEREMPAK DENGAN KAK LINDA KAT MC'DONALDS DESA PANDAN

ADA NAMA MENU MACAM KITA ORANG JUGA CUMA DIA ORANG JADIKAN AYAT DAN MASUKKAN NAMA YANG BAWA 'POT LUCK' TU. SEBAB DAH KENYANG KITA ORANG BERLEGAR-LEGAR KAT SITU ENTAH BERAPA LAMA

SUDAHNYA AKU DENGAN CC DOK MAKAN DURIAN YANG ABANG NAZRI BAWA DAN BAWA LAGI

ADA AISKRIM JUGA DAN ADA JUGA 'HANTU' AISKRIM KAT SINI...HAHAHA




Kita orang kat sini, Pn. Zu, Pn. Rohana, Kak Gee dan Azza ke jamuan raya Sime Darby.




Bergambar memang wajib ye....ni kat ruang sebelum masuk ke Jabatan Pelesenan.







DAPAT BERGAMBAR DENGAN BOS  LESEN, PN. MARLINA YANG KEBETULAN NAK KELUAR

No comments: