Tuesday 31 July 2018

HARI GAJI - JULAI 2018 (25 & 26.7.2018)

Semakin kedengaran di cuping telinga aku tentang pertukaran PT pada 15 Ogos ni. Senarai nama pun dah ada dan dah masuk dalam bilik Tuan S/U. Seram pula bila dengar tapi reda sahajalah kalau dicampak kat jabatan mana pun sebab bukan boleh pilih pun kan! Kalau boleh memang nak duduk di JPB sampai pencen! Hahahaha!

Hari gaji dah dekat, jadi aku minta tolong Abang Ali untul betulkan almari kat opis ni. Ada dua almari lama sejak mula aku masuk sini tapi tak ada kunci. Takut-takut kalau masuk jabatan baharu yang tak ada meja baharu yang macam kita orang ada ni sebab masih ada lagi jabatan yang belum dalam 'particition' yang macam kita orang ada sekarang ni.

Alhamdulillah dapat juga buat kunci baharu walaupun agak mahal RM32 untuk sebatang anak kunci!



BELI KEK COKLAT MOIST RM10 SEBEKAS...SEDAP JUGA


NASIB BAIK BOLEH TUKAR SELUAR NUHA SEBAB KECIL. SELUAR NUHA AKU BAGI KAT DAMIA DAN INI SELUAR BAHARU UNTUK NUHA

CANTIK TAK?

INI PULA SELUAR UNTUK IMAN. AKU BELIKAN DUA HELAI DAN KEBETULAN ADA SAIZ BESAR.

UNTUK IMAN JUGA. MULANYA NAK PILIH YANG INI UNTUK NUHA BIAR SAMA TAPI TAK ADA SAIZ PULA
INI JUGA UNTUK IMAN

Kemas almari untuk buat kunci tapi jumpa pula surat khabar lama ni. Masa kehilangan MH370 berlaku.





26.7.2018

BELI ROTI

DAH LAMA JUAL TAPI INI KALI PERTAMA AKU CUBA KERABU MAGGI..RM6 RASANYA

AKU RASA YANG DEKAT KG. BAHARU TU LAGI SEDAP KOT!

TOLONG KAK ZETI BUKA FAIL KERJA TANAH.
MUNGKIN INI FAIL TERKAHIR YANG AKU BUKA DI JPB?

SAMBIL TU AKU SALIN SEMULA NOTA-NOTA PENTING DALAM BUKU JADUAL PEMANTAUAN SURAT MASA AKU JAGA KM LEMBAH JAYA SEBAB NANTO BUKU NOTA NI AKU NAK BUANG

Masa aku mula-mula jaga KM, aku memang tak berapa suka sebab kena buat surat-surat rasmi dan takut kalau ada yang silap dan jadi isu. Yelah, nak buat surat hantar kat MB, Kementerian, Agensi Kerajaan dan Swasta yang lain, memanglah cuak! Tapi lama-kelamaan okey lah! Dan aku malas nak ingat fail tu kat mana, kat siapa bla...bla...jadinya aku buat buku nota aku sendiri untuk tahu perjalanan fail tu. Bila tarikh aku buka fail, tarikh buat draf, tarikh fail dalam bilik Pn. Zu, tarikh surat ditandatangan dan bila surat tu selesai aku proses (dah hantar kepada pemohon).

Itulah gunanya buku ni sebab kadang-kadang bila fail tu lama sangat kat TA / JA, mesti ada yang terlupa dan kalau ada buku nota ini bolehlah aku jadikan panduan dan boleh juga untuk ingatkan pegawai atas aku kalau fail tu perlukan tindakan selanjutnya seperi surat jawapan, Notis Lot Berjiran (untuk taska / tadika yang perlukan tindakan segera).





27.7.2018

Kak Zeti pula bagi hadiah kain ela pada aku dan Kak Hawa sempena pertukaran PT nanti. Dia malas nak tunggu dan suruh aku pilih dulu. Aku pula yang tak tahu nak pilih yang mana sebab cantik. Hitam putih ke ungu putih yang tengah tu sebab ungu yang lagi satu agak gelap dan tak sesuai dengan aku.


AKHIRNYA AKU PILIH HITAM PUTIH SELEPAS AKU TANYA PENDAPAT ADIK.

SAHAJA SELIT GAMBAR NI. GAMBAR PROJEK KIK YANG DIPASANG BERDEKATAN DENGAN PADANG PERBANDARAN PANDAN INDAH. SEMOGA BERJAYA KAWAN-KAWAN!!!

Monday 30 July 2018

KARNIVAL KEUSAHAWANAN 2018 DI SMKDL - 29.7.2018 (BHGN 2)


ADIK JUMPA BEKAS USTAZAH
 



AYAM BUTTER - NAMPAK SEDAP. AKU DAN ADIK BELI SEORANG SEBEKAS.
 


PUDING ROTI - ADIK BELI



Ada Ewal AF tapi aku tak adalah nak ambil gambar..dah berpeul dengan kepanasan dan tangan pun penuh dengan beg palstik kan, tengok sahajalah dia menyanyi.





MAKAN PENCAKE - RM2 5 BIJI DAN LETAK MADU SAHAJA SEBAB KALAU NAK TAMBAH COKLAT CHIP KE APA ENTAH KENA TAMBAH DUIT. SEDAP, PANAS-PANAS.









HASIL BELIAN
ADIK PUNYA - MAKARONI GORENG RM3 BELI KAT TEMPAT YANG JUAL AYAM BUTTER
AYAM BUTTER RM3 - BANYAK KAN!
NASI TOMATO RM5 KAT GERAI SYAKIRAH CUMA BILA KITA ORANG NAK MAKAN PETANG TU AYAM MASAK MERAH TU DEKAT NAK BASI
KEROPOK RM2 DAN WEDGES TU RM1 DAN AKU BELI UNTUK MAK SEBAB KAT SANA BANYAK JUAL YANG WESTERN...MAK TAK SUKA
KEK COKLAT MOIST NURUL RM4 DAN CHEESE CAKE RM3 AKU KONGSI DENGAN ADIK
SEDAP JUGA

AKU PUNYA - AIR TEBU RM3


PUDING ROTI ADIK RM3 RASANYA
ADIK PUNYA JUGA - TAHU BERGEDIL RM2 KOT

ADIK PUNYA LAGI - KEREPAK UBI PEDAS SEPEKET RM1
NURL BELI AYAM GIRANG RM1 SEKETUL UNTUK NUHA TAPI BILA MAKAN PEDAS LAH PULA.
Macam-macam yang kita orang beli dan okeylah karnival ni...aku dulu pun pernah merasa juga tapi dulu dipanggil Hari Kantin. Ada yang untuk pelajar sahaja dan ada yang dibuka untuk orang luar.