Tuesday 31 May 2011

MAKIN DEKAT MAKIN TAK SABAR

Aku ingatkan satu tetapi berjaya untuk dua sekaligus. Tak kisahlah dengan siapa dan berapa tu kurang penting (kurang saja bukan tak penting langsung) yang penting aku berjaya. Yes, I did it!! Wah, bukan main lagi! Cuma detik menanti hingga menjadi realiti depan mata itu memang tersangat payah untuk dilakukan. Penantian satu penyeksaan. Apa yang penting ianya menjadikan aku lebih bersemangat untuk buat lagi dan buat lagi. MASALAHNYA....ada sakit pula...apa sakitnya tu? Sakit 2M 1MB = Malas, Moody, Mind Block. Apa yang penting...kita usaha!!!

Monday 30 May 2011

ARTIKEL AGAMA: DOA MUSTAJAB SANG PENCIPTA


Menurut Ibn `Atha (Daripada Ibn ‘Athailah, pengarang al Hikam), doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkan naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t . Rukun yang paling utma ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk. Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa, iaitu :

Ketika hendak solat

Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam
. Sabda Nabi s.a.w
“ Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan , ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan , ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?”  ( HR Bukhari dan Muslim )

Waktu diantara azan dan iqamah . Sabda Nabi s.a.w
“ Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” ( HR Al-Tirmizi)

Ketika sujud dalam solat . Sabda Nabi s.a.w
“ Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa .” ( HR Muslim )

Selesai solat fardu. Sabda Nabi s.a.w ketika ditanya tentang waktu mustajab doa :
“ Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu .”  (HR Al-Tirmizi)

Ketika berpuasa . Sabda Nabi s.a.w
“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , doa ibu bapa terhadap anak , doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir .” (HR Al-Baihaqi)

Malam Lailatu Al-Qadar . Malam Al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan . Kemungkinan besar ia berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan kepada beberapa hadis yang menggesa para sahabat mencari malam Al-Qadar pada sepuluh malam terakhir .
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w “ Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

Ketika khatam 30 juzuk Al-Quran . Allah s.w.t berfirman dalam surah Fatir ayat ke-29 maksudnya :
“ Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka secara tertutup atau terbuka , mereka ( dengan amalan yang demikian ) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian , supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurnia-Nya . Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya ( akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya )

Sepanjang hari Jumaat dengan harapan bersua dengan waktu mustajab doa . Sabda Nabi s.a.w
“ Pada hari Jumaat itu , ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon sesuatu kepada Allah , maka akan diberikannya .” (HR Bukhari & Muslim )

Sepanjang perjalanan semasa bermusafir . Sabda Nabi s.a.w
“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , tidak syak padanya iaitu : Doa orang yang teraniaya , Doa orang yang bermusafir dan Doa ibu bapa terhadap anaknya.” ( HR Abu Dawud)

Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah . Hal ini berdasarkan sebuah hadis :
“ Orang yang berjihad pada jalah Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah , mereka berdoa kepada Allah lalu diterimanya.” (HR Ibn Majah)

Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah
. Sabda Nabi s.a.w.
“ …dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat sehingga aku mencintainya. Jika aku sudah mencintainya , aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan ku berikan , dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan kulindungi …”  (HR al-Bukhari ) .

Hadis ini menjadi bukti jaminan mustajabnya doa hamba tatkala keimannya memuncak . Ini boleh berlaku dengan beriltizam dengan ketaatan mengerjakan amal ibadah kepada Allah . (Fiqhud Du’a , Bab siapa yang Mustajab Doanya )
Waktu menerima ujian. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Naml ayat 62, yang bermaksud,
“ Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya , dan yang menghapuskan kesusahan , serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu ) mendiami dan menguasai bumi ? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah ? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu ).”
Menurut pandangan ulama , dijamin penerimaan doa orang yang menghadapi bebanan ujian kerana biasanya bala yang berlaku menyebabkan timbulnya pasrah dan ikhlas berdoa meminta diselamatkan . (Tafsir al-Qurtubi ,tafsir ayat 62 surah al-Naml)
Ketika tentara Islam berhadapan dengan tentera musuh . Dalilnya ialah Nabi s.a.w bersabda
“ Dua jenis doa yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t atau jarang sekali ditolak: doa sewaktu azan dan doa ketika berlakunya peperangan.” (HR Abu Dawud,hadis hasan )

Ketika ayam berkokok . Nabi s.a.w. bersabda
“ Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerah-Nya kerana ayam itu melihat malaikat .” (HR al-Bukhari , Muslim )
Tambahan,
Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash Radhiyallahu ‘anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da’watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)
Ketika Saat Sedang Hujan
Dari Sahl bin a’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.
“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

Doa Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da’waat 13/83)

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya

Sumber: PakarCinta.com

Saturday 28 May 2011

SELAMAT BUAT KAWANKU

Aku nak ucapkan Selamat Bertunang kepada kawan aku Syahida Suhaimi. Perkenalan kami bermula semasa di tingkatan satu lagi walapun berlainan kelas (sebelah menyebelah sahaja!) dan menjadi lebih rapat apabila menyertai Kelab Badminton dan terus rapat dari hari ke hari sehinggalah ke tingkatan lima di SMK Datok Lokman, Kg.Pandan. Majlisnya akan berlangsung pada 5 Jun ini dan turut menjemput kita orang (Geng 5 Sekawan).


Jadi Nik Maliza & Zeenath Nayima sudah menjadi milik orang dan dia pula menyusul. Tinggallah aku dan Hamizah yang masih terbang bebas mencari pasangan (kah..kah..kah!!!). Nak cari gambar bertunang tak jumpa jadi mawar berduri ni saja yang ada...okeylah tu.


Jadilah mawar berduri yang tidak mudah dihampiri dan....(faham-faham lah tapi janganlah sampai jual mahal kan. Kita kena jaga maruah dan peribadi sebagai muslimah (Ini peringatan untuk mereka yang membaca dan juga DIRI AKU SENDIRI. Aku pun masih banyak yang perlu diperbaik lagi.




Juga tidak lupa buat kawan-kawan aku yang bakal mendirikan rumah tangga. Kepada Nur Rasyidah yang berlangsung pada 12 Jun tahniah ya!. Dia kawan sekolah rendah dan bertemu semula di facebook. Siap hantar kad jemputan dekat rumah cuma tak tahu aku boleh pergi @ hendak pergi @ tak dapat pergi hehehe....dan kepada seorang lagi Mohaini Mohd pada 29 Mei ini. Majlis dia aku mungkin aku tak pergi sebab ada masalah sikit. Dia ni satu sekolah rendah tapi tak rapat kerana kita orang berlainan shift.


Aku geng kelas-kelas TMCK dan dia kelas ADSRJ. Ada sedikit keterbatasan dalam pergaulan antara dua shift ni. Bila di sekolah menengah sahaja baharu kita orang jadi kawan sebab satu kelas lah...apa lagi!! Dari junior hingga senior lepas tu dia belajar di tempat lain. Aku sahaja yang sambung ke Super Senior. Tau tau apa maknanya. Alah...Tingkatan Enam lah Super Senior tu...tingkatan yang paling tinggi dalam sistem pendididkan di sekolah kat Malaysia ni kan. membebel pasal sekolah pua. Okeylah selamat Pengantin baharu dan Selamat bertunang kepada kawan-kawan aku. Harap-harap lepas ni giliran aku pula!


Hahahahahahahaaaaaaaaaaaaa.......hahahahahahaaaaaaahahahaha (ni dah ketawa tahap gaban)

Friday 27 May 2011

PERLU LAGI KE?


Aku tak tahu sama ada aku perlukannya untuk satu lagi atau tidak. Dulu memang ada tapi disebabkan masalah teknikal aku lupakan terus untuk mengup-date. Sekarang rasanya perlu buat semula yang baharu supaya orang lain senang nak singgah. Jadi ada dualah satu umum dan satu lagi untuk orang-orang tertentu sahaja kerana ada orang yang aku TAK NAK DIA ORANG DATANG DEKAT TEMPAT AKU!

Macam marah saja? Ya, memang aku marah kerana mereka adalah orang-orang KACANG LUPAKAN KULIT & TAK LAYAK untuk singgah!!!

Justeru itu, aku akan buat yang baharu jadi kena buat emel baharu, kata laluan nak kena fikir juga, alamat yang baharu, apa input hendak dilontarkan ke dalamnya semua memerlukan tenaga dari segi mental dan fizikal sekaligus menuntut semangat juang yang tinggi untuk merealisasikannya dengan sukses dan hebat sebagai memenuhi cadangan rakan-rakan di KONBP (satu kumpulan rahsia yang beroperasi di alam maya). Amboi, non-stop sentence yeah.

Mungkin ada yang tertanya-tanya aku ni cerita pasal apa. Merapa dengan ayat berjela-jela. Sebenarnya aku nak buat BLOG BAHARU! Itu saja!! hehehehe...........