Saturday 13 November 2010

ARTIKEL: RAHSIA WARNA KEGEMARAN WANITA & WARNA PELANG

 Rahsia Warna Kegemaran Wanita

Posted on May 14, 2010 by Suri Hatiku 

Jalan-jalan di simpang maya. Terhenti seketika berdetik untuk singgah di blog n3xtz.blogspot.com. Tentang warna. Ingin tahu warna apa yang cuba diselongkarkan oleh dia. Ayuh, kita lirikkan mata dibawah entri ni.

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU

Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH

Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

Apakah warna kesukaan anda?

***********************************************************************************************

Rahsia Warna

Posted on February 23, 2010 by Suri Hatiku 

Sedikit fakta mengenai pelangi ialah ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Menurut ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : iaitu warna merah, warna hijau, warna kuning dan juga warna biru.

Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti seseorang individu itu.

Warna Merah
Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Warna Merah terang
Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Warna Merah jambu
Lebih kepada sifat romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka. Amnya warna itu selalunya dikaitkan dengan gadis..wanita.

Warna Biru
Menggambarkan ketenangan yang sempurna. Ianya dikatakan mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah seseorang, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri pada individu itu sendiri.


Warna Biru tua
Ia melambangkan perasaan yang mendalam. Pada kebiasaannya ia lebih kepada sifat perasaan seseorang seperti bersikap tenang dalam menyelesaikan sesuatu masalah, bijaksana dalam membuat keputusan, tidak mudah tersinggung pada persekitarannya dan mempunyai ramai kenalan.

Warna Biru muda
Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Warna Kuning
Mewakili sifat kegembiraan yang luar biasa. Warnanya yang cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit!

Warna Kuning terang
Menggambarkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi selalu berubah-ubah sikap, suka berharap dan juga digambarkan seseorang yang meminati warna tersebut seorang yang dermawan.

Warna Hijau
Melambangkan adanya suatu keinginan ingin tahu terhadap sesuatu perkara, ketabahan dan keras didalam hati. Insan yang menggemari warna ini mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini juga sebenarnya mampu meningkatkan rasa bangga seseorang. Penggemar warna ini juga sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat dari rakan-rakan mereka yang terdekat.

Warna Kelabu
Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.Tampak biasa tetapi tidak terlalu menonjol akan sahsiah dirinya.

Warna Hitam
Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan sedih seperti kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan dalam sesebuah kehidupan seseorang.

Warna Coklat
Bagi penggemar yang sukakan warna ini mereka dikatakan mempunyai sikap yang suka merebut sesuatu barang dari seseorang, disamping itu juga individu ini juga turut digambarkan tidak bertolak ansur dalam sesuatu hal-hal kehidupan sehariannya.

Warna Ungu
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Jika seseorang individu suka akan warna ini maka gambarannya adalah disifatkan sebagai seorang yang kurang teliti dalam sesetengah perkara yang dilakukan.

Ops!! ini hanyalah sekadar ilmu ramalan pengkaji sahaja. Jadi, jaganlah anda terlalu mengambil serius sangat ya.

No comments: