Wednesday 24 November 2021

QOUTES - LOST YOUR MOM OR SOMEONE SPECIAL



Qoutes ni aku cari bila mana aku dapat tahu Mr.A telah kehilangan ibunya di kampung dan dia tak dapat balik sebab Covid-19. Memang dia sedih gila dan ibarat jatuh terduduk bila mendapat khabar tentang pemergian ibunya walhal kita orang tengah borak dekat telefon masa tu.

Petang tu elok je kita orang berborak dengan WA macam biasa. Elok je bervideo call lepas tu dia dapat call dari kampung. Pada 23.13 dia mesej beritahu mak dia dah meninggal dan Adik dia (polis) yang call sebab tu Adik dia call banyak kali masa kita orang tengah video call. Lepas tu dia ckap nak call kampung, aku ok je lah dan dia dapat bercakap dengan ayah, adik dan saudara mara dia dan lepas tu nak telefon kampung lagi. Mak dia baru saja keluar wad sebab ada sakit diabetes dan darah tinggi. Baru berapa hari keluar wad tiba-tiba dapat khabar ang mak dia dah meninggal dunia.

Mr.A anak sulung dari 3 saudara lelaki dan dia dah berapa tahun tak balik sebab Covid-19 kan. Esoknya aku mesej tanya keadaan dia. Tanya dia ok ke? Dia jawab Macam mana saya ok, mak saya kan dah tinggal kita".

Jadi aku jawab, aku tahu dia tengah sedih, tambahan pula tak dapat balik kampung untuk tengok  mak dia buat kali terakhir, Kita doa banyak-banyak untuk mak you ok. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...aamiin ya rabbal alamin. Semoga Alla permudahkan segalanya untuk Mak you..." Dia jawab ya Sayang, terima kasih.

Aku beri kata-kata semangat untuk dia sebab tahu dia tengah 'down' sangat-sangat sekarang. Nasib baik ada kawan-kawan di sekeliling dia. Bila jawab aku tana nama mak dia pun suara dia memang lain sangat. Tak macam selalu yang aku dengar. Lepas tu aku ada mesej  minta nombor Hamad, tapi dia cakap Hamad tu tak tahu cakap  BM @ English jadi  kalau aku ada nombor dia pun aku nak cakap apa dengan dia. Aku pula tak tahu cakap Urud @ Punjabi. Jadi memang tak boleh nak berkomunikasi. 

AKu cakap aku risau dengar suara dia dan dia cakap ada kawan-kawan yang datang kat rumah. Tanya dia ada makan tak? Dia cakap ada. Kawan-kawan dia paksa dia makan. Dia cakap dia tak boleh makan. Aku cakap kenalah makan sikit nanti dia pula yang sakit.

Hamad pernah nampak muka aku masa kita orang video call (VC) kali kedua. Masa tu aku balik dari Giant Pandan Kapital (lepas waktu kerja) dan dia nak VC. Aku tak biasa sangat  nak VC @ telefon lelaki sebelum ni (bukan orang opis). Masa call tu aku belum booking Grab lagi jadinya aku berVC kat situ tak peduli orang sekeliling ang ada dan kebetulan aku berdiri berlatar belakangkan gambar Neelofa dan dia tanya aku dengan siapa?

Aku cakaplah aku seorang saja dan rupanya dia ingat gambar Neelofa tu kawan aku sebab aku berdiri sebelah dia. Masa tu dia dengan Hamad kat kedai makan Pakistan, nak minum. Masa tu dia tunjuk telefon kat Hamad dan kita orang lambai tangan sahaja (aku tanya dia dengan siapa).

Lepas tu aku ada mesej dia hari-hari dan ada juga yang dia tak balas dan aku faham. Kemudian dia voice nota beritahu dia minta maaf dekat aku sebab dia tak boleh nak balas mesej aku. Dia tak boleh. Sekrang lepas solat dia akan telefon saudara mara dia dekat kampung. Aku cakap aku faham keadaan dia dan beritahu dia baca apa ang aku hantar pun dah cukup. Kurang sikit risau aku dekat dia kan. 

Lepas tu ada hantar video, Oki Setiana Dewi, kalau kita sedih dan kehilangan = kena SOLAT dan minta tolong dengan Allah dengan sabar. Lepas tu diaada balas juga mesej-mesej yang aku hantar. Aku pun ada hantar 'qoutes' kata-kata semangat, untuk dia terus kuat "Stay strong and remember that you are loved" dan " You were given this life because you are strong emough to live it" dan dia cakap terima kasih bila baca 'qoutes' ang aku hantar tu.

18.11.2021 - dia cakap terima kasih sebab aku selalu tana keadaan dia setiap hari. Dah genap seminggu mak dia 'pergi'. Aku tanya dia dah boleh pergi kerja ke? Dia cakap ya, sebab dia tak boleh duduk rumah. Nanti lagi dia fikir pasal mak dia. Jadi dia perlu sibukkan diri dengan buat kerja. Dia paksa diri untuk pergi bekerja. Dan aku cakap dengan dia jangan duduk sorag-sorang nanti dia banyak fikir. Dia jawab OK. Lepas tu dia ada mesej macam biasa, wish good morning, tana dah makan, dah balik kerja, dah solat, beritahu dia kerja kat mana hari ni.

Lama juga kita orang tak ada bertelefon, video call ataupun berjumpa sebab aku tahu dia sedang berduka sebab hilang orang yang dia sayang kan! Jadi aku beri ruang untuk dia tenangkan diri. Cuma bila dia diam tak balas mesej aku langsung, aku jadi risau sebab tak tahu apa ang jadi dengan dia kat sana.

Pada 21.11.2021 baru dia ok sikit dan kita orang video call lama juga lah (lebih kurang 47 minit). Lepas tu 23.11.2021 pun ada video call lagi (27:53 minit) dan dia agak okaylah berbanding masa mula-mula mak dia pergi.

21.11.2021 - kawan-kawan dia datang rumah nak baca Quran dan doa untuk mak dia. 21.24 dia tanya nak call? aku cakap tak apalah, you sibuk. Dia jawab sekarang tak sibuk, kawan-kawan dah balik. Aku beritahu nak makan dulu, dia cakap ok dan dia boleh tunggu. Lepas tu aku tertekan VC dan dia tana aku dah pakai tudung ke belum. Aku cakap tadi tu tertekan dan minta 3 minit untuk siap.22.04 aku mesej beritahu dah boleh call. VC kita orang 47 minit 13 saat. Lama juga lah tu kan!

22.11.2021 -  aku mesej dulu dan dia balas, aku send gambar love  (1 je) dan dia balas 4 love. Aku jawab OK dan dia tanya Ok saja? Aku jawab 'Yeah' lepas tu tanya psal dah sampai opis ke belum sebelum aku tana dia ang dia tulis 'OK saja" aku balas balik 'Nak apa' dan dia jawab "Syg apa boleh bagi, bagi saja" dan aku cakap 'You lah cakap nak apa" dan dia jawab "Saya nak Norrehan". Aku hantar icon smile yang ada peluh kat kepala tu...dia jawab gelak. Yelah gelak. (aku balas balik) Mesej dia dah mula sama macam dulu balik dan aku rasa lega.

No comments: