Tuesday 9 November 2021

MR.A - 6.11.2021 - TIMES SQUARE, PIZZA HUT DAN FILEM ETERNALS

6.11.2021 (SABTU)

Kita orang keluar lagi dan kali ni aku ajak Mr.A pergi tengok wayang. Nasib baik Mr.A itupun sebab ada Angelina Jolie dalam tu, kalau tak ada aku rasa dia tak nak tengok kot! Dah beli tiket kat mesin tu (selepas dibantu oleh petugas di sana memandangkan dah bertahun tak pergi tengok wayang dan sekarang kena beli sendiri dekat mesin tu kan, nasib adik tu tolong jadi cepat sikit.)

Mula-mula kita orang buat sendiri dan boleh tapi bila dah pilih tempat tu tak sempat nak bayar sebab orang lain dan ambil tempat tu. Jadinya adik tu tolong kita orang. Lepas tu pergi cari makan. Ni pun masalah juga nak makan kat mana? Dari tingkat 3 turun ke bawah dan sampai ke 'food court' dia sudahnya naik atas balik dan makan dekat Pizza Hut.

Kat sini pun sama juga, nak order kena aplikasi Pizza Hut dan Mr.A memang tak reti benda-benda ni jadinya aku lah yang kena order dekat telefon aku. Nasib baik boleh. Lepas dah tengok wayang tu kita orang tak pergi mana pun, terus balik dan dia hantar dan aku suruh dia parkir dulu kat luar sebab nak berborak dulu. 

Malam hari tu dalam kereta sepanjang perjalanan tu aku diam je dan borak sikit-sikit sahaja tapi bila dah nak sampai mulalah mulut aku ni gatal nak berborak, nak bercerita dan bertanya bagai kat Mr.A tu. Sebab tu aku suruh dia parkir kat luar dulu dan bila dah habis borak tu baharu aku suruh dia hantar aku ke PM2.


GAMBAR KANDID







MR.A AMBIL GAMBAR SENDIRI GUNA TELEFON AKU












SEKALI SAMPAI DUA PIZZA, AKU ORDER SATU SAJA

YANG INI SAHAJA KITA ORANG PUNYA PIZZA - DIA ORANG TERSILAP HANTAR


NAK BUAT MINI LOVE KE TU? HEHEHE


ETERNALS - ADA ANGELINA JOLIE & MA DONG SEOK












SEPERTI BIASA, MR.A AMBIL GAMBAR AKU MASA TENGAH MAKANLAH, MINUMLAH









No comments: