Thursday 25 November 2021

MR.A - 9.11.2021 - MAKAN ROTI NAAN PAKISTAN LAGI & 12.11.2021 - MAK MR.A MENINGGAL DUNIA DI PAKISTAN









DAH DALAM KERETA LEPAS MR.A DATANG AMBIL AKU DEKAT TEMPAT KERJA




MENU YANG SAMA LAGI. KACANG KUDA AKU AKU ADA BUNGKUS UNTUK MAK DAN MAK SUKA MAKAN.


12.11.2021 (JUMAAT)

Aku tengah berborak dengan Mr.A melalui panggilan telefon dekat pukul sembilan malam pada malam hari Jumaat (sekarang dah ok lah kalau nak bercakap dekat telefon dengan Mr.A - bukan dengan lelaki lain eh!)

Tengah seronok berborak tiba-tiba dia cakap ada panggilan masuk daripada Adik dia dekat kampung (Pakistan sana lah!) dan aku pun ok lah. Dia cakap nanti dia telefon balik. Lama juga kot aku tunggu dan lepas tu dia mesej pada 11.13 beritahu " __, mak saya dah meninggal. Tadi adek bagi tau. Itu la dia byk kali call". Lepas tu dia cakap nak telefon kampung, nak bercakap dengan ayah, adik, saudara mara dia dekat sana dan aku pun cakap ok lah.

Baharu beberapa hari lepas dia beritahu mak dia dah keluar wad (ada sakit darah tinggi dan kencing manis)

13.11.2021  - Aku mesej lagi tanya dia ok tak?  dan dia jawab, " Mcm mna sy ok, Mak sy kan dh tinggal kita." Aku bagi kata-kata semangat untuk dia sebab aku tahu dia terkejut dengan berita mak dia dah meninggal dunia apatah lagi dia tak boleh balik sana senan PKP kan. Lepas tu aku ada minta nombor telefon kawan dia, Hamad untuk kecemasan sebenarnya. Mana lah tahu aku tak dapat telefon dia kan, jadi kalau ada nombor telefon kawan dia boleha lah aku telefon tanya khabar pasal dia kan! Dia diam saja.

14.11.2021 - Aku minta lagi nombor telefon Hamad. Dia balas, Hamad tu tak tahu BI dan BM dan aku pula tak tahu cakap Urdu dan Punjabi jadi buat ap aku nak nombor telefon kawan dia tu. Hamad tu pernah tengok aku masa Mr.A video call aku kat depan Giant Pandan Kapital. Masa tu aku nak beli barang kat situ dan tengah tunggu Grab dan tiba-tiba dia cakap nak video call dan aku pun dengan selambanya menjawab video call dia kat situ berlatar belakangkan poster iklan telefon kat situ dan Mr.A ingat aku dengan kawan perempuan sebab aku berdiri sebelah perempuan tu.

Masa tu lah dia pusing kamera telefon dai tu kat Hamad dan aku cakap Hai kat Hamad tu dan dia lambaikan tangan dia kat aku sebab tu aku tu aku nak nombor Hamad tu. Aku ada minta nama penuh arwah makdia untuk aku tolong doakan dan dia voice note kat aku dan suara dia lemah sangat. Lemah macam orang tiada daya dah. Dia sedih sangat tu bila mak ayah kita tiba-tiba pergi tinggalkan kita kan! Macam arwah Abah aku dulu lah. Berapa bulan aku ambil masa nak cuba terima hakikat yang Abah dah tinggalkan aku untuk selamanya.

Aku cakap aku risaukan dia (dia cakap terima kasih ___), dia cakap ada kawan-kawan datang rumah. Aku tanya dia makan tak dan dia jawab dah makan tadi. Kawan-kawan paksa dia makan. Aku cakap memanglah kena paksa makan, kalau tak makan nanti dia sakit ,dia jawab, "Sy xblh mkn ___". Aku cakap tahu dia memang tak ada nafsu makan "yer..tahu tapi kena juga makan sikit,  nnt you sakit kawan-kawan you pun susah juga kan".

15.11.2021 - Dia oice note kat aku minta maaf sebab dia tak boleh nak cakap, tak boleh nak balas mesej aku. Lepas solat je dia akan telefom kampung dan bercakap dengan saudara mara dia. Aku cakap tak apa aku faham, dia baca mesej aku tu pun kira ok lah.

Aku hantar kata-kata semangat kat bawah ni untuk dia. Aku nak pergi ziarah dia pun tak boleh sebab aku tak tahu dia tinggal kat mana kan. Aku tunggu bila dia dah ok sikit nanti untuk dia balas mesej aku nanti.

18.11.2021 - Dia mesej dan cakap terima kasih dekat aku sebab setiap hari aku mesej tanyakan keadaan dia. Genap seminggu mak dia pergi dan dia cakap dia kena kerja biar tak fikirkan sangat. Dia kena sibukkan diri dia. Aku cakap ok lah ikut mana yang dia rasa ok untuk diri dia kan.

20.11.2021 - Dia mesej aku dulu, tanya khabar, dah solat? dah makan ke belum?. tu je

21.11.2011 - Aku mesej dulu pagi Subuh tu dan dia balas beritahu dia dah bangun. Aku cakap aku dah terjaga pukul 3 pagi tadi dan tak boleh tidur dan dah berapa hari macam ni. Dia cakap aku tak cukup tidur lah kalau macam tu. Dia siap ccakap, "Mlm lmbt tidur, awl bangun, mna cukup tidur." Aku cakaplah "mana ada tido lmbt"

Mr.A - Awl tidur ke?
Aku - xde lah awal sangat
Mr.A - 12.30 mcm ni jugak kan tidur?
Aku - Sticker
Mr.A - Semlm siang x tidur ke ___
Aku - X
Mr.A - Ok ___ Dia pesan jga diri ___, mlm cepat tidur dan aku jawab ok
Dia beritahu hari ni kawan=kawan dia datang ke rumah nak baca Quran dan berdoa ramai-ramai sebab hari ni hari Ahad jadi dia ajak dia orang datang ke rumah. Dia cakap lagi, "___ pun doa". Aku jawab Ok dan dan balas terima kasih ___. Aku balas emoji ok

Malam tu dia mesej dulu pukul 9.23 malam  dan tanya nak call? 
Aku - xpe lah. you busy kot"
Mr.A - Skrg xbusy, kwn2 dh blk
Aku - Oh...ok
Mr.A - Blh call?
Aku - Kejap, Boleh? Tgh makan
Mr.A - Ok. Mkn dulu ___
Aku - Ok, dh nak tido ke
Mr.A - Blh tunggu you. Dan pukul 9.48 dia mesej tanya "blh call skrg."
Aku - It's ok kalau you nk tido dulu
Mr.A - ___ ada pkai tudung?
Aku - Belum
Mr.A - Tdi video call ___ Aku jawab, "tadi tu tertekan" dan dia balas, "oh ok"
Aku minta 3 minit
Mr.A - Bkn nk video call? - dia tanya masa aku jawab yang tadi tu tertekan, aku teru jawab, "mestilah nak'

Pukul 10.04 macam tu aku beritahu dia dah boleh telefon dan pukul 10.53 malam aku 'wish' dia selamat malam.

Sejak 21hb tu, dia mulai mesej aku macam biasa, macam Mr.A yang aku kenal dulu lah. Alhamdulillah dia dah mulai kembali normal.


Aku cari dekat internet kata-kata semangat ni dan 'send' dekat Mr.A.




No comments: