Thursday 4 November 2021

MR.A - 27.10.2021 - KAHWIN WARGA ASING & TELEKUNG & 1.11.2021 - CARA NAK KAHWIN DENGAN WARGA ASING


Hari tu masa ideo call dengan Mr.A, aku pakai telekung dan dia cakap aku cantik pakai telekung. Aku pakai telekung warna ungu aku tu. Dia cakap nanti dia nak belikan aku telekung. Aku cakap telekung mahal. Dia cakap tak apalah nanti dia suruh aku pilih sendiri telekung yang elok-elok. Aku cakap kalau nak pilih yang elok mahal lah dalam dua tiga ratus pun ada. 

Mr.A cakap tak apalah, beli sajalah. Aku diam saja. Aku carilah telekung jenama Duck dah 'save' kat mana kedai dia dan salah satunya ada di KLCC (kira paling dekat dengan tempat aku). Aku tak tahulah bilanya dia belikan untuk aku. Kita tunggu sahajalah sama ada aku dapat ke tidak telekung tu nanti.





 1.11.2021
Aku cari sedikit maklumat tentang prosedur nak kahwin dengan warga negara asing di Malaysia. Sebelum ni aku tak kisah pun sebab bukan aku yang nak kahwin pun kan! Kena batang hidung sendiri baharu lah aku nak cari maklumat berkaitan.






No comments: