Saturday 6 November 2021

MR.A - 3.11.2021 - MAKAN DI KEDAI PAKISTAN LAGI

Kita orang berjumpa lagi dan dia ambil aku dari tempat kerja macam hari tu. Ini kali ke-4 kita orang berjumpa selepas 3.10.2021 (pertama kali jumpa di KLCC, kali ke-2 pada 6.10.2021 dan pergi makan kat kedai Pakistan di Cheras, kali ke-3 pula pada 24.10.2021 kita orang pergi PD)

Pergi makan kat kedai Pakistan yang mula-mula di bawa aku. Dekat dengan kolej yang dia ada buat kerja dan dulu selalu dia pergi makan dekat situ.

DIA HANTAR GAMBAR DIA KAT AKU - BERITAHU DIA DAH SAMPAI

DIA NAK PERGI BANK SEKEJAP












TAK JADI MINI LOVE PUN TAK APA LAH...HAHAHA



MAKAN NASI DAN LAUK YANG SAMA + TEMBIKAI

WARNA JINGGA - JALEBI / WARNA KUNING - LADOO / WARNA COKLAT - GULAB JAMUN

MR.A ambil gambar aku tengah makan manisan ni. Ada yang aku boleh makan makan jalebi yang warna jingga tu walaupun manis, yang warna kuning tu (ladoo) pun aku boleh makan juga tapi yang warna coklat aku makan separuh sebab terlalu manis. Aku bagi Mr.A suruh dia habiskan dan ini kali pertama aku suap dia...dia terkejut sebab aku nak suap dia...hehehe. Sambil aku suap dia, dia pandang aku...aku pula yang segan. Aku suaplah dia sebab dia dah basuh tangan (dia dah makan bahagian dia) dan tinggal bahagian aku saja.








No comments: