Tuesday 13 April 2021

KEMAS BARANG DI BUB - BHGN. 2 (FAIL ,ALAT TULIS & BARANG DARI NORWAY)

Dari Bahagian Integriti ke Bahagian Ukur Bahan aku berurusan dengan fail-fail sulit.


Beli sendiri untuk guna kat Galeri sebab kontraktor yang datang daftar tu tak pandai...meja tu tempat tulis maklumat yang kita minta, bukan tempat korang letak beg, fail dan segala bagai dan baru nak cari dokumen kat situ.

Habis bersepah brosur yang kita orang dah susun tau...

Saja cuba letak dakwat stamp pad ni...

Bakul stok alat  tulis aku. Sebenarnya nak cari pewangi kereta yang dah lama ada dan alang-alang tu aku kemaslah sekali kan!

Macam-macam ada!

Sudu dan garfu dari majlis kahwin adik Kak Yam

Tak pakai - ke tong sampah lah!

Bunga hijau tu dari JPB lagi masa buat perhimpunan bulanan dan bunga ungu tu masa kat Integriti/KHP untuk guna masa perarakan Maulidur Rasul.

Koleksi rantai kunci aku

Kebetulan jumpa rantai kunci nama aku!



Oleh-Oleh daripada Puan Zu (JPB) masa pergi Turki





Datang dari jauh benda ni!

Untuk keju - dari Norway. Aku kirim dengan Kak Ina Kasim masa dia pergi bercuti di sana sebab nak tunggu aku yang pergi rasanya tak sampai ke sana kot sampai bila-bila! (tak tahulah nanti tiba-tiba ada rezeki kan!)

No comments: