Tuesday 27 April 2021

AEON TAMAN MALURI - 25.4.2021 (BHGN 2) - AZZAM SHAH

Masa nak balik tu, Adik aku yang perasan ada Azzam Shah kat macam tengah buat penggambaran. Kita orang pun singgah dan tunggu tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, dia orang tak mula. Adik aku dah sibuk aak balik api aku cakap tunggulah sekejap sebab aku nak ambil gambar (dari jauh je pun). Lepas tu si Azzam training dia punya nyanyian.

Lama juga kita orang tunggu dan lepas tu pengarah untuk penggambaran ni minta kita orang tolong jadi penonton. Kiranya jadi penonton masa si Azzam ni nyanyi dan aku ajak Adik aku. Ada pegunjung yang sporting dan ada juga yang tak dan lari bila disuruh ke depan. Sudahnya ramai staff AEON sahaja yang jadi penonton.

Lama juga kita orang kena berdiri sebab banyak kali dia orang shoot kan, banyak sudut yang diambil. Dari depan, belakang, kiri dan kanan padahal nyanyinya bukan lama pun dalam dua rangkap lagu sahaja. Katanya drama ni nak ditayangkan pada bulan Julai nanti dalam slot Akasia. Tak tahulah tarikh sebenarnya.












Azzam dan barisan pemuzik























No comments: