 |
Hari akhir hantar dokumen |
 |
Dari lobi nak menolak seberat-berat tong ni ke Bilik VIP, Aras 5 dan untuk itu kita orang minta tolong staff Jabatan Kejuruteraan untuk tolak peti-peti tender ni. Nasib baik dia orang nak tolong dan laju juga buat kerja. |
 |
Dah tu nak susun pula sebab nak bahagikan terus satu grup berapa peti yang kena buka. Dah tu nak kena siapkan senarai nama untuk grup tu pula sbab nanti kita otang juga yang kena susunkan balik. |
 |
10 grup yang akan terlibat |
 |
Aku dan Kak Yam dah siap tagging untuk kerja-kerja yang akan dibuka nanti |
 |
Tahniah, Ain dapat APC! Tapi tak adalah majlis sebab PKPB kan |
 |
Dah ada yang mula buka peti tender |
 |
Nampak tak, longgokan sampul surat! Tu baharu sikit dan ada beratus lagi yang nak dibuka tu! |
 |
Sampai luka jari aku buka dokumen-dokumen ni. Jenis tak reti nak binding dokumen tu elok-elok @ guna jenis yang tajam tu. |
 |
Untuk kerja-kerja MARRIS, makanan akan disediakan. - ni nasi ayam |
 |
Tukang cuci @ cleaner tolong kumpulkan sampul surat yang bersepah-sepah. |
 |
Bertimbun dokumen untuk satu kerja - Aku dengan Kak Yn yang angkat dokumen berat tu dan susun ikut 'rumah' dia sebab pembuka peti nak buka peti untuk kerja yang lain pula. |
 |
Daripada bos besar |
 |
Ada wakil Audit Dalam - En. Rino |
Bayangkan semua dokumen yang dah dibuka dan ditandatangan oleh pembuka peti ni, aku, Kak Yam dan Abang (bertiiga sahaja!) yang uruskan untuk dibawa pula ke Bilik Ukur Bahan di Galeri untuk proses selanjutnya iaitu scan, semak harga dan letak nombor (numbering) untuk semua dokumen dan kerja-kerja perolehan yang ada. Dah lah berat, panas pula kat Bilik VIP tu sampai berpeluh-peluh kita orang berdua.
Nak tolak dokumen yang dah diikat oleh Abang Man dan Aku, luncurkan pula ke tempat troli (dia ada ramp sikit) dan susun pula kat troli dan tolak ke galeri dan buat berulang-ulang sampai sakit-sakit badan. Abang Man pun dah angkat bendera putih dan sudahnya aku dan Kak Yam sahaja yang buat. Tak ada orang lain! Rasanya kat BUB ada staff lelaki yang lain kan! Kenapa tak tolong?
Susah nak cakap kan! Sebab kita orang ada rasa tanggungjawab dengan kerja kita orang kan! Lagipun bilik tu KHP pula nak guna, nak buat temuduga jawatan kosong ke pekerja contoh entah! Masa ni pula nak pakai padahal kita orang dah tempah awal dan untuk minggu ke depannya sebab benda ni kan banyak, mana boleh siap seminggu!
Tu pun separuh kerja yang pembuka peti PATUT buat, kita orang dah tolong buatkan tau! Dah bagi banyak lemak tu pun kadang nak merungut lagi! Scan, semak harga dan letak nombor (numbering) untuk semua dokumen itu SEMUA kerja yang PEMBUKA PETI patut BUAT! BUKAN kita orang ni tapi sebab nak cepatkan juga kerja makanya dah jadi kerja kita orang pula.
Dia orang yang buka peti ni akan dapat elaun RM10 untuk setiap kerja yang dia orang buka peti tender tu. Kalau MARRIS tu memang banyaklah nak kena buka dan macam tak berbaloi untuk RM10 tu tapi dapat juga lah kan dan dapat makan lagi (biasanya untuk dua hari). Begitu juga dengan kerja MARRIS pokok (Jabatan BML) pun sama banyak yang akan hantar. Setahun akan ada dua (2) untuk MARRIS masing-masing ni.
No comments:
Post a Comment