Wednesday 30 May 2018

BEG BAHARU, ZAKAT FITRAH & 'TUTUP' TINGKAP

29.5.2018
Beli beg comel ni juga secara berjemaah selepas ditularkan oleh Kak Dila (Pelukis Pelan). Kak Dila dulu dari Jab. PPH yang mana kat sana ramai yang pakai beg macam ni yang dibeli atas talian. Sebuah beg RM 5.90 dan kalau beli banyak (pukal) tak perlulan nak bayar duit pengeposan sebab tu Kak Dila tanya sesiapa yang nak order. CC terus nak 10 buah beg! Nak bagi anak saudara dan anak dia katanya (anak CC 4 perempuan).

Aku tanya kat Adik, Angah dan mak dan semuanya nak beg tu. Oklah boleh dapat pos percuma kan! Adik nak warna hitam dan biru, Angah nak warna biru dan Mak nak warna hitam.




AKU PUNYA WARNA HITAM DAN KELABU


PILIHAN WARNA YANG ADA
Ini kali pertama aku bayar zakat fitrah sendiri sebab selepas Arwah Abah meninggal, Adik yang tolong bayarkan bagi pihak aku.

29.5.2018 - 13 RAMADAN


30.5.2018
Mak tutup tingkap di atas sebab-sebab tertentu.





 Dah tak ada tingkap nya!



No comments: