|
BAKUL YANG DIPINJAMKAN OLEH KAK HAWA |
|
KUKUR JUGA DARIPADA KAK HAWA |
|
LANGSIR OLEH KAK ZETI |
Ni saja gatal tangan nak berswafoto...
|
BANGKU PINJAM DARI JAB. PPH RASANYA |
|
CONTOH DEKO UNTUK 'PHOTO BOOTH' DI LUAT AUDITORIUM NANTI |
Latihan nasyid
|
PN. ZU BERSAMA JAMILAH ABU BAKAR SEBAGAI PENYANYI JEMPUTAN |
|
CONTOH SUSUN ATUR DI ATAS PENTAS |
Ni senarai lagu yang akan dinyanyikan sepanjang perhimpunan itu nanti tapi bukan nyanyi lagu penuh. Sekadar satu atau dua rangkap daripada setiap lagu sahaja. Kalau tak sampai ke tengah hari pun tak habis lagi perhimpunan kita orang.
Lagu-lagu ni akan diselang-selikan dengan ucapan Pn.Zu, Tuan YDP dan Tuan YDP dan akan dipersembahkan secara santai kononnya macam rancangan Wanita Hari Ini @ Selamat Pagi Malaysia. Pengacaranya ialah Pn. Rohana dan Pn. Huraizah@ Azza.
Sesi latihan nasyid pada 2 dan 3 Jun 2018 bersamaam hari Sabtu dan Ahad. Aku cuma datang pada hari Sabtu sahaja sebab tugasana aku semasa pemberian sijil dan cendera hati nanti.
|
CANTIK TAK! NI UNTUK DITAMPAL DI SETIAP JABATAN SEBAGAI PEMBERITAHUAN PERHIMPUNAN BULANAN ANJURAN JPB |
|
KETUPAT GERGASI DALAM PROSES YANG MANA KAK LAH, KAK TIKA, KAK HAWA, KAK ZETI, KAK IZAN DAN CC TERLIBAT UNTUK MENJAYAKAN KETUPAT GERGASI NI. RANGKANYA DITEMPAH DARIPADA STAFF JAB. PENGUATKUASA DAN DIBALUT PLASTIK SEBELUM DITUTUP DENGAN KAIN. |
|
KAIN DIBELI DI KEDAI KAIN 1 MALAYSIA DI HULU LANGAT TU SEBELUM DIPOTONG. YANG BAB MEMOTONG NI AKU ADA TOLONG SEBAB KAIN TU PANJANG DAN LEBAR SEBELUM DIPOTONG KEPADA EMPAT (4) BAHAGIAN BAGI SETIAP WARNA. ADA DUA TON WARNA HIJAU KAN! |
|
RANTING POKOK UNTUK HIASAN ATAS PENTAS (NAK LETAK KAD-KAD RAYA MACAM ZAMAN DULU-DULU TU!) |
|
BAJU UNTUK KAK TIKA |
|
CANTIK KAN! |
|
ABG ZUL SEDANG GANTUNG KETUPAT |
No comments:
Post a Comment