Wednesday 16 May 2018

GAJET BAHARU & JAMUAN MENYAMBUT RAMADAN @ PUASA

10.5.2018

BERGELAP
 Aku ajak Abang Ali pergi ke Low Yat untuk tolong aku belikan 'hard disk' yang baharu. 'Hard disk' yang lama dah penuh tak tak cukup untuk simpan filem-filem dan drama yang aku baharu dapat daripada Nad dan Nasha (budak praktikal) yang banyak cerita Korea, Thailand dan Filipina. Ada juga yang aku dapat dari Adik. Dengan video ceramah dan pelbagai lagi gambar, jadinya aku kena segerakan pembelian tu. Sebenarnya Abang Ali dah beli kat kawan dia tapi mungkin kena tipu kot! Dari bulan Disember sampai Mei 2018, tak nampak pun rupanya 'hard disk' tu.

Nak tak nak terpaksalah aku sendiri yang beli. Kali ni aku beli yang 3Tera terus. Harga RM549.00 dan 'pendrive' (RM23.00) dan juga wayar untuk 'charge' telegon sebab yang lama dah longgar. Langgar sikit terus dah tak charge. Tak kan aku nak tengok kejap-kejap kan jadinya kenalah beli yang baharu. Yang 'spare' punya pun sama jahanam. Aku beli dua dari kedai MINISO, Japan. Banyak dokumen yang aku simpan dalam komputer di opis.


NUHA YANG SURUH AMBIL GAMBAR PALSTIK NI DENGAN CEKAK RIBEN DIA

SATU RM15 DAN ADA WARNA UNGU!
ADA WARNA UNGU JUGAK!
 






14.5.2018
Pagi-pagi lagi Aznoor (dulu staff JPB) datang ke jabatan kita orang. Ingatkan kenapa? Rupanya nak turunkan gambar PM ke-6.
 



Jabatan kita orang buat makan-makan sempena nak sambut puasa dan kali ni dia orang nak buat 'potluck'. Selalunya akan ada menu utama yang JPB tempah dari orang luar (selalunya Kak Ina Bobok yang uruskan bab makanan ni). 

Macam-macam ada sampai tak termakan dan tak tahu nak makan yang mana!

MULA-MULA AKU MAKAN MAKARONI SUP. TAK TAHU SIAPA YANG BAWA
AIR NESCAFE BUAT SENDIRI SEBAB NAK ORDER KAT KAFE MAHAL. TAK BERBALOI DENGAN HARGANYA. AMBIL SATE, SAMBAL JAWA KAK HAWA, AYAM GORENG ALA KOREA ABANG ACAD DAN TAKOYAKI K JUE (DITEMPAH)
KAK IZAN BAWAK BUAH EPAL HIJAU DAN MERAH SERTA JAMBU BATU UNTUK DIMAKAN DENGAN ASAM. ASAM KULIT LIMAU TU  DIBLENDER BAGI HALUS DAN LETAK DALAM POTONGAN BUAH TU. SEDAP JUGAK

SAMPEL KUIH RAYA DARI FARINA PK
KUIH YANG DIBUAT OLEH ISTERI ABANG BURN..DONUT...KUIH KOCI DAN TAK INGAT :p
AKU BAWA KUIH KARIPAP SAHAJA. TEMPAH DARI KAK ATIE. KAK GEE SUKA MAKAN DAN KATANYA KARIPAP JIRAN REHAN YANG SEDAP TU....HEHEHEE RUPANYA KAK IDA PUN BAWA KARIPAP JUGA (DIBELI)
SATE TU PN.ZU YANG BELANJA
 




Yang aku ingat Kak Ina Norizan bawa karamel / Kak Wan - Ayam masak merah / Abg Syed dgn Abg Mie - share beli barang untuk buat koktel (walaupun Abg Syed MC pada hari tu) / Kak Gee - sup tulang / Pn. Azza - tempoyak / En. Harith - ayam butter.

Alhamdulillah ada lebih sampai boleh bawa balik dan lepaslah untuk makan malan. Kebetulan kat rumah memang tak masak.

No comments: