Thursday 3 May 2018

PBAKL 2018 - 30.4.2018 (BHGN 1)

Pesta buku datang lagi! Aku pergi dengan adik dan juga kawan dia, Hamizah. Kita orang naik Grab dan sampai dalam pukul 10 lebih. Kira baru buka kedailah dan memandangkan kita orang pergi pada hari bekerja, kurang sikit kesesakan kat dalam tu.

Sebelum pergi kita kena usyar dulu apa yang menarik kat sana dan bila tengok kat FB ada satu video ni, yang mana orang beratur panjang sampai keluar dari bilik kat PWTC tu. Kat sana kan ada bilik nama negeri di seluruh Malaysia seperti Bilik Kelantan, Bilik Kedah dan sebagainya. Rata-rata yang beratur ialah perempuan. Bila yang rakam tu mendekati meja utama, rupanya ada sesi tandatangan buku bersama penulis. Selalu dekat Karangkraf, Ramlee Awang Murshid sahaja yang boleh mewujudkan fenomena seperti itu. 

Beberapa tahun lepas, orang ramai sanggup beratur panjang untuk dapatkan tandatangan beliau walaupun masa masa tu  dia belum sampai lagi, Wah, hebat betul penangan karya-karya tulisannya! Berbalik kepada video tadi, penulis yang menyebabkan fenomena sama berlaku rupanya si TEME ABDULLAH! Alahai, tak berkesempatanlah nampknya sebab aku tak pergi hari tu. Aku dah ada dua buku tulisannya. Kali ni dia ada dua buah buku baharu! Ni nak kena cari jugak nih!





 



Penulis dari negara tamu iaitu Indonesia
 


















EH, BUKU AKULAH!

Penerbitan Jaya Bakti dengan buku-buku murah. Memang buku zaman 90-an masa aku kecil dan remaja tapi aku lebih suka baca buku-buku yang macam ni berbanding yang sekarang ni. Bahasanya lebih elok dan teratur.





Negara Tamu: Arab Saudi













Beli buku untuk Nuha




Tak beli apa pun kat sini, tahun lepas aku beli penanda buku.





No comments: