Tuesday 22 May 2018

PERHIMPUNAN BULANAN JPB 2018 - PERSIAPAN (BHGN 1)

Persiapan untuk perhimpunan dah bermula dengan pembelian barangan untuk 'doorgift' kepada kakitangan dan pengarah / ketua bahagian serta Tuan YDP dan Tuan TYDP. Kali inin aku tak masuk persembahan seperti tahun lepas yang mana kita orang buat persembahan teater Antabrata. Tahun ini Pun. Zu nak buat persembahan nasyid lagu-lagu 70-an dan 80-an dan ada beberapa 'photo booth' dengan tema 'throw back'. 

Jadinya Abang Acad selaku ketua bahagian 'photo booth' kena fikirkan idea untuk ketiga-tiga 'photo booth' tersebut dan kerjasama daripada kalangan kita orang yang ada barang-barang lama untuk digunakan semasa perhimpunan.

Ketua bahagian pentas pula ialah Kan Wan Kamarinah dan kita orang akan membantu. Kita orang tu seperti biasa geng kerani dan CC kat depan ni.

Tahun ini aku geng Kak Nurul di bahagian cendera hati untuk VIP dan 'doofgift' bersama dengan Kak Nor Khalilah.

Untuk kakitangan wanita akan diberikan sehelai shawl yang ada pelbagai warna. Sehelai RM8! Wow!!! Dan untuk kakitangan lelaki pula diberikan kopiah dan semuanya terhad . Siapa cepat dia dapat! Tapi ada juga yang gatal nak suruh 'booking' bila dapat tahu yang kita orang nak bagi shawl!!

Tambahan pula, masa buat 'doorgift' tu kat tempat kita orang selalu makan-makan @ meja wakaf, jadinya sesiapa yang datang ke JPB akan nampak aktiviti melipat tudung, membuat kotak dan mengikat riben yang dia orang sedang lakukan. Kalau buat dalam bilik mesyuarat tak adalah yang nampak kan!

Kita orang pun dapat 'doorgift' ni yang mana staff lelaki kalau tak kopiah (sebab dah ada banyak kat rumah) boleh tukar dengan shawl untuk diberikan kepada orang rumah tapi dah ambik tu kenalah tandatangan sebagai bukti takut nantu tak cukup. Dan untuk pengarah / ketua bahagian perempuan juga telah diasingkan daripada pembelian yang sama tapi seragamlah.  Daripada 120 helai lepas ditolak 25 helai untuk staff perempuan dan sehelai (9) helai untuk pengarah / ketua bahagian termasuk Pn.Zu tinggal berapa helai saja lagi kan!

Kopiah pula ada dalam 80 buah dan juga ditolak untuk pengarah / ketua bahagian lelaki (tak termasuk Tuan YDP & TYDP).

DAH SIAP LETAK DALAM KOTAK DAN DILETAKKAN RIBEN. YANG INI AKU TAK DAPAT TOLONG SEBAB ADA KERJA (SURAT DAN PROSES CARI SURAT LAMA) YANG PERLU DILAKUKAN DENGAN SEGERA.


NI UNTUK KAKITANGAN LELAKI






SESI MEMILIH UNTUK DIRI SENDIRI









DAH AMBIL TU KENALAH TANDATANGAN YER...

AKU AMBIL WARNA HIJAU PETRONAS (KATA DIA ORANG) SEBAB ADA SATU SAHAJA DAN MEMANG SAMA DENGAN BAJU BAHARU AKU TU!

Nuha sibuk suruh aku ambilkan gambar dia dan ni lah hasilnya aku pakaikan terus!


















Sesi membuat ketupat gergasi untuk deko dan hiasan di dalam Auditorium nanti.







Kotak untuk dibuat hamper untuk Tuan YDP dan TYDP. Nanti Kak Nurul akan beli kuih-kuih raya yang tradisional seperti bahulu, agar-agar kering dll.



DUA BALANG KACA UNTUK YDP DAN TYDP



BALANG UNTUK ISI KEREPEK HIJAU KAK INA BOBOK - UNTUK SETIAP PENGARAH & KETUA BAHAGIAN
Dan aku seorang yang membasuh semua bekas-bekas ini di dinihari di pantri kita orang. Lepas tu keringkan pula dalam bilik mesyuarat sebelum diisikan dengan kerepek mak ko hijau tu! 












Lepas tu aku juga yang buat 'tagging' nama dan jabatan pengarah / ketua bahagian untuk tampal kat setiap beg kertas.




HAMPER UNTUK YDP DAN TYDP DAH SIAP DIBALUT OLEH KAK NURUL DAN DIBANTU OLEH AKU DAN KAK WAN




 Ada bahulu, kuih goyang@ ros, agar-agar kering dan kerepek hijau dalam setiap hamper ni.
















NAK IKUT NAMA PENGARAH DALAM BUKU LAPORAN YANG DIKELUARKAN OLEH JABATAN KORPORAT TAPI ADA JUGA YANG SALAH! MACAM MANA NI! HMM....




DAH SUDAH TU ADA PULA KENA TAMBAH DENGAN LEBIHAN BUNGA YANG LETAK KAT HAMPER YDP DAN TYDP. KAK NURUL SURUL AKU LETAK SEKUNTUM UNTUK SETIAP BEG.

BILA DAH SIAP NAMPAK CANTIK PULA KAN!






SIJIL UNTUK PEKERJA CONTOH  (5 ORANG) DAN ANUGERAH KEPUJIAN (SEORANG)


No comments: