Friday 1 June 2018

ROMBONGAN KE KENANGA - 1.6.2018

Rombongan ke Kenangan aku bersama kakak di opis ni iaitu: K.Tika, Kak Dila, Kak Izan, Kak Hawa dan pelajar praktikal Naqiah. Berhimpit-himpit 6 orang dalam kereta kancil yang comel tu. Kita orang pergi naik LRT, cuma dari opis naik kereta Kak Dila. Ini pun dah tertunda dari minggu lepas sebab dah lambat takut jalan sesak sebab orang nak pergi Solat Jumaat.

Aku tak adalah nak beli apa kan sahaja nak jalan-jalan. Kak Tika dengan Kak Izan nak cari kerongsang dan pin tudung swarovski sebab Azza dan Pn. Rohana dah beli di situ minggu lepas. Kak Hawa pula nak cari baju Melayu untuk famili dia. Nak sedondon tahun ni! 

Sudahnya aku yang paling banyak beli...hahahaha

3 PASANG NI RM10 - 3 PCS RM5
BELI SELUAR TIDUR 3 HELAI RM24

CORAK CANTIK CUMA TAK BERAPA OK AKU PAKAI. AKU JUAL KAT ANGAH UNTUK NURUL PAKAI KAT RUMAH. MEMANG SEDANG ELOK DIA PAKAI.
Sementara nak tunggu Kak Izan, kak Hawa dan kak Dila selesai membeli, Aku, Naqiah dan Kak Tiqa dah samapi pintu utama. Jalan-jalan tengok balus kat situ. Jumpa pula saiz yang OK dengan aku dan aku pun pilihlah mana yang aku berkenana. Sepasang RM60 dan 2 helai RM100.

MEMANG TENGAH TREND BLAUS ADA BUNGA TAMPAL NI KAN!

WARNA TEH SUSU KATANYA
 

SESI MENUYUSUN PIN TUDUNG DENGAN NUHA
 



No comments: